Beza Antara Purifier, Humidifier Dan Diffuser Yang Perlu Anda Faham 2

Beza Fungsi Purifier, Humidifier Dan Diffuser Yang Perlu Anda Faham

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Belakangan ini produk yang menggunakan minyak pati semakin mendapat tempat dalam masyarakat. Disebabkan tertekan dengan keadaan pandemik yang melanda, ramai yang memilih minyak pati sebagai alternatif menenangkan diri dan keluar daripada tekanan.

Terdapat tiga jenis yang ditawarkan dalam pasaran iaitu purifier, humidifier dan diffuser. Tapi apa beza antara ketiganya?

1. Air purifier atau pembersih udara

Air purifier berfungsi membersihkan udara persekitaran daripada sebarang bendasing seperti yang mencemarkan udara.

Harganya agak mahal tetapi sesuai untuk digunakan individu yang mempunyai sistem pernafasan yang sensitif seperti individu yang memiliki asma, alahan kepada bulu dan sebagainya kerana kadar HEPA (High-Efficiencu Particulate Air) yang tinggi.

Jika ada kalangan isi rumah yang merokok, anda boleh gunakan arir purifier bagi membersihkan udara.

Beza Antara Purifier, Humidifier Dan Diffuser Yang Perlu Anda Faham 4

2. Air humidifier atau pelembap udara

Air humidifier berfungsi melembapkan udara persekitaran dengan campuran air dan molekul minyak pati di dalamnya.

Peratusan manfaat molekul minyak pati yang dilepaskan ke udara tidak sepenuhnya berbanding air diffuser kerana masih terdapat molekul minyak pati di dalam air.

Ada juga sesetengah air humidifier yang hanya gunakan molekul air untuk melembapkan udara dan tak ssesuai dicampurkan dengan minyak pati kerana kebanyakan air humidifier menggunakan komponen plastik yang tidak sesuai untuk minyak pati.

Disebabkan itu jugalah harga air humidifier lebih murah berbanding air diffuser.

Beza Antara Purifier, Humidifier Dan Diffuser Yang Perlu Anda Faham 3

3. Air diffuser atau resap udara

Harga air diffuser agak mahal berbanding air humififier kerana molekul minyak pati akan dipecahkan ke udara secara lengkap dan sepenuhnya menjadi partikel halus yang dilepaskan bermanfaat untuk pengguna air purifier.

Tahan lebih lama, mudah digunakan dan dibersihkan, air diffuser dapat membersihkan udara mengikut jenis minyak pati yang digunakan untuk manfaat kesihatan.