
Beza Erti Kebahagiaan Sebenar Bagi Mereka Yang Berkeluarga Dengan Yang Masih ‘Single’
Bagi mereka yang masih ‘single’, belum mempunyai pasangan hidup atau belum lagi berkeluarga, kebebasan mutlak untuk melakukan apa jua hobi atau aktiviti mungkin dapat diungkapkan sebagai erti kebahagiaan yang sebenar.
Namun, menurut seorang pengguna Facebook Edi Arjuna Pencerita, situasi ini amatlah jauh berbeza dengan mereka yang telah berkeluarga kerana erti kebahagiaan yang sebenar bukan hanya terletak pada faktor kebebasan semata-mata.
Kenapa agaknya dia berkata demikian? Wujudkah perbezaan erti kebahagiaan di antara orang bujang dengan orang yang sudah mempunyai komitmen keluarga?
Ikuti perkongsian menarik yang dibuat olehnya melalui hantaran di Facebooknya berikut. Adakah anda bersetuju dengan pandangannya ini?
Aku ada 2 bijik motor. 1 besaq, 1 kecik. Dulu masa mula beli 2 ketoi ni, dok rancang perjalanan siap-siap dah. Nak ride pi sana pi sini pi sinun. Tiap kali masuk hari Khamis Jumaat, dah atoq siap dalam kepala. Hujung minggu ni nak ride pi Padang Besaq, nak pi Cameron Highland, nak pi Kelantan, nak pi Seremban.
Tapi bila mai pagi minggu selalunya jadi macam lain….
“Ehh dok rumah dengan anak-anak la best”
“Ehh, keluaq dengan anak bini la seronok.”
“Bawak depa makan-makan pun ok jugak.”
Last sekali ride apa pun tak jadi, motor dok bersidai tang tu habuan Milah dok asah kuku. Paling utara pi Wang Kelian, paling selatan pi Lenggong, paling timoq pi Gerik. Kalau kot dekat ni habuan pi beli santan, pi hantaq amik anak kat sekolah, pi masjid. Tak sama masa bujang dulu, pantang hari minggu ja hilang.
Kenapa jadi begitu?? Kerana bapak-bapak memang macam tu. Dia tak boleh seronok sorang. Dia mesti nak anak-anak seronok sama, makan sama-sama, jalan sama-sama. Walaupun dia boleh ja blah sorang sampai 3 hari tak balik, tapi dia sentiasa teringat muka-muka di rumah.
Walaupun tadi dia dah keluaq sorang, tapi dia cepat-cepat nak balik rumah. Duduk rumah tengok muka orang yang tersayang lagi baik.
Itu namanya komitmen yang berlaku di luar sedar. Komitmen yang Tuhan campakkan dalam hati seorang ayah yang mendahulukan tanggungan dia. Kadang dia letih, nak rehat santai-santai, nak duduk jauh-jauh sorang diri, nak lepak dengan kawan, tapi hati dia tak sampai, sebab dah terpaut dengan anak-anak di rumah.
Jadi, kepada yang bujang, single mingle, jangan susah hati. Jangan peduli apa orang nak kata. Tumpang masih muda, masih belum ada komitmen keluarga, ampa pi la keluaq tengok tempat orang. Pi la jalan jauh-jauh. Solo atau berkawan tak kisah. Nanti dah ada komitmen tak dapat dah macam sekarang.
Jadilah macam kawan aku Yusuf Madi Photography tu. Rilek ja dia dengan status single. Kemarin dia ada kat Sumatera, kemarin dulu ada kat Kalimantan, tetiba hari ni ada dalam hutan.
Single, bahagia dia macam lain. Dah berpunya, bahagia dia lain macam. Bujang, bergembiralah dengan cara bujang. Dah berkeluarga, bergembiralah dengan cara berkeluarga.
Tak gitu?
BACA: Hanya Kerana Bergaji Kecil, Lebih Ramai Generasi Muda Kini ‘Takut’ Untuk Kahwin?
Sumber: Edi Arjuna Pencerita
Trending now



