Nurse PPUM

Beza Antara Suami ‘Peneman’ Dan ‘Penunggu’ Isteri Di Hospital

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Menanti kelahiran bayi di hospital sememangnya merupakan pengalaman yang sangat bermakna untuk pasangan suami isteri.

Pada ketika ini jugalah, kehadiran suami di samping isteri memang amat-amat diperlukan demi sama-sama mengharungi waktu yang sungguh kritikal ini.

Namun, kadang-kadang kehadiran suami ini dilihat sebagai tak banyak fungsi dan lebih sekadar penyibuk sahaja.

Kononnya mereka ini sanggup datang ke hospital untuk sama-sama meneman isteri tetapi sebenarnya sekadar cukup syarat untuk tunggu isteri mereka sehingga selesai proses bersalin sahaja.

Berdasarkan pengalaman seorang jururawat di hospital, dakwaan ini didapati agak tepat dan ada kebenarannya.

Menerusi satu hantaran di Facebook Hamil Dalam 3 Bulan, seorang penulis yang hanya bergelar Nurse PPUM telah berkongsi kisah suami yang wajar dijadikan contoh peneman sebenar dan bukan hanya penunggu semata-mata.

Berikut adalah kisah yang dikongsi oleh beliau untuk pengajaran dan tatapan bersama pasangan suami isteri yang bakal menyambut kelahiran bayi atau yang dalam perancangan mungkin nak tambah anak tak lama lagi.

Nurse PPUM

Perkongsian Dari Seorang Jururawat

Dalam ramai-ramai husband yang masuk jadi peneman lepas PKP ni, baru semalam jumpa sorang yang berfungsi sebagai peneman.

Masuk bilik tengok isteri bergulung atas katil, dia terus lari pergi kat isteri. Tenangkan isteri, tanya nak air ke tak, nak tukar posisi ke tak, lap peluh isteri, baca doa, zikir.

Bila kita ajar urut belakang isteri, dia terus je buat asalkan dapat bantu kurangkan sakit.

Sepanjang dia masuk teman, tak nampak la dia duduk kat kerusi.

Dia punya risau memang jelas nyata.

Dia punya caring takyah cerita la.

Cakap dengan isteri pun soft je.

Tak tau la sebab faktor umur ke apa.

Tapi memang boleh puji la.

Tak macam orang lain yang pernah masuk.

Tengok isteri menggelupur, dia jadi batu.

Bila start encourage untuk push, dia tak tengok isteri, tapi sibuk dok perhati orang lain buat keje.

Yang jenis camni, dari masuk sampai isteri bersalin, bontot melekat je kat kerusi.

Bak kata Kak Zuri, tu bukan peneman, tu penunggu.

Yang semalam, bila kita ajar cara untuk push, husband pun encourage sekali.

Siap puji isteri bila dia push cara yang betul.

“Good job, honey,”

“Bagus sayang,”

Bila nampak kepala baby, dia la yang excited suruh isteri teran kuat lagi, bagi semangat lebih dari kitorang.

“Puan, teran kuat lagi. Geram lagi puan,”

Tiba-tiba si suami pun sambung,

“Marah lagi yang, macam you marah kat I,”

Elok je suami cakap macam tu, 2 kali teran terus baby keluar. 😂

Kredit : Nurse PPUM

Sumber & kredit foto: Facebook Hamil Dalam 3 Bulan