
Betulkah Ini Ciri Penyewa Dari Neraka?
Seorang pemilik rumah telah mengadu tentang kondisi rumah sewanya setelah penyewa tamat tempoh sewa.
Menggelarkan penyewa tersebut sebagai penyewa dari neraka, penyewa didakwa melakukan pelbagai perubahan dan kerosakan termasuk menukar lampu rumah, membuat calar pada lantai, menggerek lubang dalam tandas untuk memasang cermin, memasang palam tambahan di dapur dan water heater di atas rumah.
Artikel Berkaitan:
- “Cuba Teka Apa Ada Dalam Sinki Tu..” – Pemilik Rumah Kongsi Kisah Penyewa Dari Neraka
-
Penyewa Bawa Lari Axia Di Selangor, Jual Di Kelantan Dengan Harga RM1,500
- Macam Gedung Pembuangan Sampah, Lelaki Ini Kongsi Kisah Bertemu Penyewa Dari Neraka
Selain itu, dinding rumah juga di conteng oleh anak penyewa tersebut. Walaupun begitu, pemilik rumah menerima kerosakan tersebut memandangkan dia juga mempunyai anak. Walau apa pun, pemilik rumah masih tidak berpuas hati dengan kondisi rumah selepas penyewa berpindah.
Deposit penyewa ditahan
Selama tempoh penyewa tersebut menetap, bayaran sewa telah dibuat tepat pada masanya dan penyewa juga berbincang terlebih dahulu sebelum berpindah. Namun, pemilik rumah memutuskan untuk menahan deposit penyewa iaitu RM3400 + RM850 sebagai kos untuk memperbaiki kerosakan dan perubahan yang telah dilakukan.
Penyewa kini marah kerana depositnya ditahan. Walaupun pemilik rumah memaklumkan bahawa deposit akan dipulangkan jika kondisi rumah baik, namun pemilik rumah merasakan kondisi rumah selepas penyewa pindah tidak memuaskan. Deposit tersebut akan digunakan untuk membaiki kerosakan yang ditinggalkan oleh penyewa sebelumnya.
Penyewa juga meninggalkan rumah dua bulan lebih awal dari tempoh kontrak yang sepatutnya. Mereka marah kerana pemilik rumah tidak mahu mengembalikan deposit, walaupun mereka merasakan kerosakan yang ditinggalkan hanya minor. Penyewa juga berhadapan dengan kos tambahan kerana mereka sudah menyewa rumah lain.
Pemilik rumah berpendapat bahawa penyewa masih terikat dengan kontrak selama dua tahun dan tidak akan memberikan balik deposit. Dia juga berkeyakinan bahawa jika perkara ini dibawa ke mahkamah, penyewa tidak akan memenangi kes.
Apa kata netizen?
Netizen mempunyai pelbagai pandangan mengenai kes ini. Ada yang memihak kepada sisi pemilik, ada juga yang memihak kepada sisi penyewa kerana merasakan kerosakan yang berlaku ini adalah kecil dan biasa berlaku ke atas rumah yang disewakan.
Apa kata anda? Dan bagaimanakah anda ingin mengatasi situasi sebegini terjadi lagi?