Harga Rumah Naik Tak Setara Gaji

‘Besi Jadi Emas, Simen Jadi Mutiara’ – Pemuda Luah Sedih Harga Rumah Meningkat Tak Setara Gaji

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak memasuki tahun 2022, harga perbelanjaan harian makin meningkat dan nasib rakyat Malaysia terus dihimpit dengan senario harga rumah yang terus melonjak tinggi sedangkan pendapatan ramai pekerja pula masih lagi berada di takuk lama.

Berdasarkan laporan, harga kediaman dijangka tetap terus mencatatkan kenaikan walaupun upah sebahagian besar pekerja di Malaysia pula kekal sama.

Harga rumah di Malaysia secara puratanya meningkat antara 10 hingga 20 peratus setiap tahun dan faktor itulah menjadi beban rakyat di negara ini tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Senario yang dirasai ini telah diluahkan oleh seorang pengguna Facebook bernama Jeff, mengatakan harga rumah masa kini dilihat mustahil bagi mereka yang berpendapatan sekitar RM1,500 untuk memiliki kediaman sendiri.

Harga Rumah Naik Tak Setara Gaji
Sumber: Facebook Jeff

Tadi sempat tanya harga rumah dan sewa. Bayangkan gaji RM1,500 untuk miliki rumah.Sedih beb. Macam mustahil dah. Rumah flat atau apartment harga mencanak naik. Melambung tinggi.

Rata-rata harga untuk flat atau apartment biasa RM150k ke RM200k. Dengan gaji RM1500 tak boleh bayangkan macam mana nak beli.

Harga pembinaan sekarang melantun-lantun naik dua kali ganda dalam beberapa bulan ni je. Besi dah jadi emas. Simen dah jadi mutiara.

Rumah mampu milik macam dah tiada. Hanya mampu pandang. Sedangkan dengan gaji RM1,500 ke RM2k hanya mampu untuk rumah sekitar RM100k maksimum. Dengan perkembangan bahan binaan yang meletup naik, lupakan harga tu.

Sewa jangan cerita. Rumah flat pun dah RM800 ke RM1k sekarang ni. Apatah lagi teres. Rata-rata dalam RM1,500. Harga sewa dan harga rumah seolah-olah tiada kawalan lagi. Harga bahan binaan pun macam tak serius untuk dikawal.

Sedangkan gaji RM3k pun bank payah nak luluskan, ini pulak RM1,500 ke RM2k.

BACA: Ruang ‘Sekangkang Kera’ Di Chow Kit Ini Disewa Dengan Harga RM450

Bukan itu sahaja, proses pemilikan rumah yang agak rumit termasuk penyediaan wang pendahuluan, pemprosesan dokumen dan perkhidmatan peguam juga dilihat menyebabkan ramai masih tidak mendapatkan kediaman.

Sumber: Jeff