Berterima Kasih Pada Netizen Malaysia Kerana Buat Beliau Terkenal, Ciapan ‘Koyak To You Too’ Rakyat Israel Ini Penuh Balasan Kecaman 1

Berterima Kasih Pada Netizen Malaysia Kerana Buat Beliau Terkenal, Ciapan ‘Koyak To You Too’ Rakyat Israel Ini Penuh Balasan Kecaman

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak beberapa hari lalu, serangan bertubi-tubi daripada pihak Israel kepada penduduk Palestin semakin memburuk. Cubaan play victim dengan menggunakan beberapa media antarabangsa termasuklah di media sosial menyebabkan netizen di Malaysia berang dan memulakan gerakan menyerang secara maya.

BACA: Mariam Afifi, Gadis Alfa Yang Tetap Senyum Saat Ditahan & Dipukul Tentera Israel

Terbaharu, #koyaktoyoutoo menjadi trending di sosial media susulan daripada satu ciapan balas seorang rakyat Israel, Ido Daniel terhadap komen balas ‘koyak’ seorang netizen di Twitter.

Berterima Kasih Pada Netizen Malaysia Kerana Buat Beliau Terkenal, Ciapan ‘Koyak To You Too’ Rakyat Israel Ini Penuh BalasanKecaman 1

Yang anehnya, Ido Daniel ini memuat naik satu video ucapan yang kononnya beliau tahu, jauh di lubuk hati, rakyat Malaysia menyokong Israel dalam menentang ‘aktiviti keganasan Hamas’ yang menggunakan rakyat Palestin sebagai alasan.

Turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana membuatnya menjadi popular, video ucapan ini menjadi trending dan tular dengan ciapan balas yang menghentam beliau.

https://twitter.com/IniAlannn/status/1392801538595119104

Tidak dilupakan juga pantun cincau yang kini menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Bantuan kecemasan untuk Al-Quds & Gaza

Sebagai sokongan kepada rakyat Palestin, anda bolehlah menyalurkan sumbangan ke PErsatuan Cinta Gaza Malaysia menerusi infakpalestin.com. Butiran lanjut dalam gambar di bawah: