
Bertentangan Dengan Konsep Etika, Wanita Ini Dakwa AFlix ‘Plagiat’ Hasil Kerja Beliau
Beberapa hari ini kecoh mengenai isu pengusulan yang dikeluarkan oleh Ahmad Idham selaku Ketua Pegawai Eksekutif FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) agar kerajaan menapis kandungan di platform penstriman Netflix.
BACA: Jalin Kerjasama Dengan FINAS, AFlix Pesaing Baharu Netflix Bakal Hidang ‘Hiburan Beretika’
Kemudian tidak lama selepas itu, tular pula gambar yang memperlihatkan kerjasama antara FINAS dengan satu lagi platform penstriman baharu di Malaysia yang memperkenalkan konsep ‘hiburan beretika’ untuk seisi keluarga iaitu AFlix.
Semalam seorang wanita yang dikenali dengan nama Dinie Shuhaimi mendakwa pasukan AFlix telah melakukan satu perbuatan yang bertentangan dengan konsep platform mereka iaitu memplagiat hasil idea dan penulisan beliau pada bulan September yang lalu.
Pada 15 September lalu, Dinie telah melakukan satu hantaran mengenai projek beliau bersama rakan pasukan mengenai platform jual beli dalam talian untuk komuniti Muslim yang dikenali sebagai zalika.my.
Namun tidak lama kemudian, muncul satu platform yang hampir sama dengan platform mereka iaitu hayib.com yang mana hantaran mengenai penulisan projek tersebut hampir sama dengan penulisan beliau.
Untuk pengetahuan anda, hayib.com dan AFlix mempunyai pemilik dan rakan pasukan yang sama. Disebabkan berjaya masuk dan melakukan hantaran di dalam group BMF, mereka berjaya menarik lebih ramai peniaga dan sambutan berbanding zalika.my.
Membina platform beretika, Dinie mempersoalkan di mana etika mereka yang boleh dilabel sebagai hipokrit kerana telah melakukan perbuatan ‘tikam belakang’ kepada usahawan Muslim yang lain.
Tidak berhasrat mahu menjatuhkan mana-mana pihak, Dinie menyatakan bahawa beliau tidak kisah untuk bersaing apatah lagi bekerjasama, namun meminta pihak sana agar tidak melakukan taktik kotor sebegini.
Antara bukti plagiat penulisan yang dilakukan oleh hayib.com yang beliau kepilkan bersama:
Idea daripada mana tercetusnya untuk menghasilkan hayib.com
Pemilik AFlix ini bukanlah biasa-biasa orangnya malah beliau terkenal kerana pernah membina sekolah Islamik, pusat beli belah Islamik, laman web Islamik dan pelbagai lagi projek-projek Islamik yang lain.
Harapnya isu ini dapatlah diselesaikan dengan segera dan baik oleh kedua-dua pihak.
Manga paling laris sehingga kini.
ONE PIECE : Manga Paling Laris
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.