
Berpurdah, Wajib Atau Tidak Pakai Pelitup Muka?
Berpurdah, perlu atau tidak pakai topeng pelitup muka?
Memasuki gelombang ketiga, Malaysia sejak daripada beberapa minggu lalu telah mencatatkan tiga angka kes baharu secara berturut-turut.
Malah sejak dari 1 Ogos lalu, kerajaan Malaysia telah mewajibkan semula pemakaian topeng pelitup muka di kawasan awam yang sesak bagi membendung semula jangkitan.
Sejak negara-negara dunia mula berdepan dengan wabak pandemik COVID-19, pemakaian pelitup muka seakan satu item fesyen wajib apabila berada di luar kawasan rumah.
Menyedari kepentingan menutup muka bagi mengalakkan penularan jangkitan, ramai yang masih tertanya-tanya sama ada pemakaian purdah boleh menggantikan fungsi topeng pelitup muka? Mari kita rungkaikan.
Mungkin secara fizikalnya, purdah dilihat sebagai satu item yang melindungi hidung dan mulut. Namun, ianya tidak bermakna purdah mampu menjalankan fungsi sama seperti topeng pelitup muka.
BACA: Bukan Buatan China, Malaysia Kini Ada Topeng Muka Sendiri
Untuk pengetahuan anda, mereka yang berpurdah juga diwajibkan memakai topeng pelitup muka di bahagian dalam, selari dengan arahan daripada pihak Majlis Keselamatan Negara.
Malah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semasa dalam sesi soal jawab sidang media COVID-19 turut menjelaskan mengenai isu ini semasa ditanya oleh pihak media.
Wanita berpurdah juga wajib memakai pelitup muka sama ada pelitup muka perubatan atau bukan perubatan (tiga lapisan fabrik yang disyorkan WHO). – @DGHisham
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) October 22, 2020
Tidak kira sama ada pelitup muka untuk perubatan atau pun bukan, orang ramai yang memakai purdah harus memakai pelitup muka jenis tiga lapisan fabrik di bahagian dalam purdah.
Menurut Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin, purdah dan topeng pelitup muka ada perbezannya menurut pandangan Islam.
“Pakai purdah itu bukan untuk koronvirus tetapi untuk menutup aurat.”
Tonton video penuh di bawah:
Trending now



