
“Berpoligami Kerana Nak Elak Maksiat” – Boleh Pakai Ke Alasan Ni?
Perkahwinan poligami itu sebenarnya indah jika diterjemahkan melalui pemahaman dari al-Quran serta hadis dan bukannya berlandaskan nafsu semata-mata.
Konsep poligami sering disalah erti sehingga berlaku ketidakadilan dalam institusi rumah tangga dan sering dijadikan alasan kononnya untuk ‘nak elak maksiat’.
Di laman Facebooknya, Ustazah Engku Nisa ada mengulas mengenai isu ini melalui hantarannya berikut.
Boleh pakai ke alasan ‘nak elak maksiat’ ni semata-mata untuk berlaku curang? Jom ikuti teguran yang dibuat oleh beliau berikut. Semoga ianya dapat sama-sama kita jadikan peringatan dan muhasabah untuk diri kita sendiri.
“Berpoligami kerana nak elak maksiat.”
Isteri yang dah sedia ada tak mampu menjadi saluran halal untuk nafsu? Sedangkan isteri itu pakaian untuk suami, suami pula ialah pakaian untuk isteri.
Sepatutnya tiada istilah nak elak maksiat dengan berpoligami,
Kerana ruang untuk elak maksiat sudah ada terhadap isteri yang sedia ada.
Nak elak maksiat kerana sudah terjerat dan tergugat hubungan tanpa nikah akibat tiada batas dalam berikhtilat?
Jangan tunggang agama untuk menutup kesilapan,
Tungganglah agama untuk elak diri daripada melakukan kesilapan.
Kerana itu Allah memberi garis panduan yang ketat terhadap hubungan antara lelaki dan wanita bukan mahram.
Besar hikmahnya.
Jangan guna alasan poligami kerana saya mampu apabila kantoi curang.
Rosak sunnah Rasulullah.
Poligami itu harus
(buat tak boleh pahala, tak buat tak boleh dosa),
Curang itu haram.
(Buat boleh dosa, tak buat dapat pahala).
Kesimpulan?
“Berjayalah bagi mereka yang menyucikan jiwanya”
#AslimTaslam
#LillahWaFillah
#TintaMujahidah
BACA: Adab Poligami – Ramai Lelaki Melayu GAGAL, Hanya Sekadar Ikut Sunnah Nak Kahwin Sampai 4
Sumber: Engku Nisa