
Berniaga Burger Lebih Had Masa, Peniaga Dikompaun RM50,000
Peniaga burger di kompaun akibat berniaga burger melebihi had masa.
Hari ini kes baharu yang dicatatkan di Malaysia adalah 2,776 dengan kadar kematian harian adalah 13 orang.
BACA: Netizen Bengang Pelajar Matrik Dikompaun RM1,500 Dalam Kolej, Ini Respon Dr Noor Hisham
Dalam semua negeri di Malaysia, Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang berada dalam zon jingga dan zon Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10157886532076237
Baru-baru ini tular di media sosial, seorang peniaga burger berkongsi kisah dirinya dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 selepas didapati berniaga melebihi had masa yang ditetapkan dalam tempoh PKP iaitu pada jam 11 malam.
https://www.facebook.com/faisal.burger/posts/1995936993897416
Dalam surat kompaun bertarikh 25 Aril 2021, dinyatakan beliau telah dikenakan denda mengikut Seksyen 25 Akta atas kesalahan ‘membuka kedai makan di hadapan rumah melebihi had masa dalam tempoh PKP’.
Kredit: Faisal Burger
Berikut merupakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikenakan di Kelantan:
Sebelum ini, netizen bengang kerana tular di laman sosial Twitter satu tangkap layar yang memaparkan beberapa pelajar di kolej Matrikulasi Perak dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 selepas dikatakan gagal memakai pelitup muka.
Menurut pemilik akaun Twitter itu, kejadian dipercayai berlaku apabila pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengadakan pemantauan di kafe kolej matrikulasi berkenaan susulan kes keracunan makanan sebelum ini.
Bagaimanapun, pemantauan KKM ke premis itu turut membawa kepada tindakan kompaun terhadap pelajar yang berkeliaran di sekitar kawasan itu yang gagal mematuhi SOP ditetapkan.
“Beberapa pegawai KKM masih berada di kawasan kafe sekitar 3:30 pm sehingga 5:00 pm. Kebanyakan student habis kelas jam 4:00 pm, dari kelas ke blok kediaman siswa atau ke kafe untuk beli makanan berbuka puasa.”
“Salah seorang rakan saya baru balik dari kelas memakai pelitup muka sambil berjalan dari blok akademik ke kafe. Namun disebabkan cuaca panas, semasa turun tangga ke kafe, dia telah menurunkan pelitup muka ke bawah disebabkan tak cukup nafas.”
“Lalu telah dipanggil pihak KKM dan terus dikenakan tindakan kompaun tanpa sebarang budi bicara mahupun teguran atau amaran dari KKM,” katanya di laman Twitter.
Baca lanjut di: Netizen Bengang Pelajar Matrik Dikompaun RM1,500 Dalam Kolej, Ini Respon Dr Noor Hisham