Zoom Kambing Jana Pendapatan

Bermula Sekadar Gurauan, Penternak Tak Sangka ‘Zoom Meeting’ Kambing Mampu Jana Pendapatan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Penternak Tak Sangka ‘Zoom Meeting’ Kambing Mampu Jana Pendapatan

Tidak pelik untuk dikatakan ketika era pandemik ini, banyak perkara terpaksa diubah untuk kelangsungan hidup.

Seperti apa yang dilakukan oleh sebuah ladang di Lancashire, England ini yang timbul dengan idea unik setelah perniagaan utama mereka terkesan.

Dot McCarthy, salah seorang penternak di ladang itu menawarkan khidmat panggilan menerusi platform panggilan Zoom bukan dengan para penternak, tetapi dengan kambing-kambing mereka!

Walaupun agak kedengaran pelik, mereka telah berjaya menjana pendapatan sebanyak 50,000 pound (RM280,000) sejak hampir setahun lalu.

Zoom Kambing Jana Pendapatan

McCarthy berkata, dia hanya bergurau bersama pekerjanya tentang idea tersebut.

Ia pada mulanya adalah satu gurauan dengan rakan yang bekerja dalam sektor teknologi, mengatakan mereka sangat bosan dengan panggilan video.

“Kemudian saya mengemukakan idea tersebut, memberitahu pekerja saya Emma dan kami berdua bersetuju bahawa ini perkara gila dan kita harus memikirkan idea lain.

“Namun, pada malam itu saya tetap meletakkan idea tersebut di laman web dengan alamat e-mel Emma untuk tempahan.

“Ketika saya bangun, saya mendapat banyak missed call dari Emma yang mengatakan bahawa dia telah dibanjiri dengan e-mel dan tidak dapat memenuhi permintaan untuk panggilan bersama kambing,” katanya kepada Farming UK.

Bagaimanapun, gurauan itu menunjukkan hasil apabila kambing-kambing berkenaan mendapat permintaan yang tinggi untuk muncul dalam panggilan video dari pelbagai negara.

Melihat sitausi yang tak dijangka itu, dia kini menawarkan ‘kemunculan’ kambing selama lima minit pada platform panggilan video itu dengan harga 5 pound (RM27).

Zoom Kambing Jana Pendapatan

Sejak ditawarkan hampir setahun lalu, perusahaan itu telah mengendalikan lebih 10,000 panggilan video menerusi platform meeting atas talian itu.

“Salah satu ubat terbaik pada saat ini ialah ketawa dan berhibur, walaupun hanya lima minit,” katanya.

“Kamu akan nampak manusia menjerit dan berkata, ‘Kenapa ada kambing di sini?’ kata McCarthy dan menambah bahawa setiap kambing akan dilabel dengan nama sebelum memasuki panggilan yang diterima.

Ini pula kisah seorang lelaki yang menyewakan dirinya untuk tidak berbuat apa-apa.

BACA: Bagaimana Lelaki Ini Mampu Jana Pendapatan Dengan Tidak Berbuat Apa

Sumber: The Washington Post