Berlindung Di Sebalik Topeng Agama, Drama Kultus ‘Save Me’ Kembali Trending 4

Berlindung Di Sebalik Topeng Agama, Drama Kultus ‘Save Me’ Kembali Trending

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak belakangan ini, drama thriller berkenaan dengan kultus agama dari Korea Selatan, Save Me kembali menjadi sebutan neizen di media sosial.

BACA: Keghairahan Menjadi Selebriti Agamawan Yang Membinasakan – Ustaz Hasrizal

Dihasilkan berdasarkan komik web Out of The World, siri drama 16 episod ini sebenarnya sudah selesai tayangan pada tahun 2017.

Berlindung Di Sebalik Topeng Agama, Drama Kultus ‘Save Me’ Kembali Trending 1

Siri lakonan Ok Taec-yeon, Seo Yea-ji, Jo Sung-ha dan Woo Do-hwan ini mengisahkan mengenai keluarga Im Sang-mi yang berpindah dari bandar Seoul ke satu perkampungan selepas perniagaan ayahnya gagal.

Berbeza dengan Sang-mi, adiknya, Sang-jin mengalami kecacatan sejak lahir seringkali menjadi mangsa buli di sekolah. Tidak tahan dibuli, beliau mengambil keputusan menamatkan nyawa sendiri dengan melompat dari bangunan sekolah.

Kejadian itu menyebabkan ibu Sang-mi hampir menjadi gila. Pada ketika itu beliau dihampiri oleh beberapa ahli kumpulan kultus.

Di daerah tersebut, kultus agama yang dikenali sebagai Goseonwon sangat terkenal dengan jumlah pengikut yang ramai.

Berlindung Di Sebalik Topeng Agama, Drama Kultus ‘Save Me’ Kembali Trending 2

Namun di sebalik topeng agama, kultus Goseonwon menyamar sebagai sebuah gereja yang luarnya terlihat tenang, tetapi di sebaliknya tersembunyi sisi-sisi gelap yang menjijikkan.

Mereka memperbodohkan pengikut dengan topeng agama. Dan Sang-mi membenci kumpulan kultus itu kerana percaya keadaan ibunya menjadi lebih teruk kerana mereka.

Walaupun Sang-mi berulang kali membantah keterlibatan ahli keluarganya dalam kumpulan itu, tiada apa yang beliau mampu lakukan selepas ibu dan ayahnya dibrainwash mereka.

Berlindung Di Sebalik Topeng Agama, Drama Kultus ‘Save Me’ Kembali Trending 3

Usaha untuk membebaskan diri daripada kultus itu menampakkan jalan apabila Sang-mi bertemu Sang-hwan dan rakan-rakannya yang bertekad untuk mendedahkan kejahatan kultus itu dan mengheret mereka ke pengadilan undang-undang.

Berjayakah Sang-mi diselamatkan?

Berjayakah juga kegiatan jahat kultus yang bertopengkan agama ini dibongkarkan?

Semuanya akan terjawab apabila anda menonon 16 episod siri drama kultus Save Me yang penuh debaran yang kini sudah pun boleh ditonton di platform penstriman dalam talian Netflix.