Berkumpul Lebih 3 Orang, Rakyat Korea Utara Berdepan Hukuman Dihantar Ke Pusat Buruh Displin 1

Berkumpul Lebih 3 Orang, Rakyat Korea Utara Berdepan Hukuman Dihantar Ke Pusat Buruh Displin

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Berkumpul lebih 3 orang, rakyat Korea Utara akan dihantar ke pusat buruh sebaga denda.

Bagi mengawal penularan jangkitan wabak pandemik COVID-19, banyak negara mengambil pendekatan untuk meletakkan peraturan menghalang rakyatnya untuk berkumpul melebihi tiga (3) ke lima (5) orang dalam satu-satu masa.

Tidak terkecuali di Korea Utara, sebuah negara yang terkenal dengan pemerintahan secara diktaktor.

BACA: Korea Utara Isytihar Darurat Selepas Catat Kes Pertama COVID-19

Korea Utara menghadkan sebarang perhimpunan melebihi tiga orang akan dikenakan tindakan undang-undang iaitu akan dihantar oleh pihak berkuasa kawalan penyakit ke pusat buruh displin.

Bagaimanapun, majlis perkahwinan masih dibenarkan, selagi bilangan orang yang ada di dalam majlis berkenaan adalah tiga orang memandangkan peraturan melarang berkumpul melebihi 3 orang.

Sumber yang enggan namanya dsiarkan atas alasan keselamatan memberitahu pesanan berkenaan adalah datang daripada agensi kawalan penyakit pusat bagi mencegah penyebaran varian COVID-19.

korea utara

Setakat ini, Korea Utara melaporkan mereka tiada mencatatkan kes COVID-19, namun pakar meragui data berkenaan sebagai tidak tepat.

Semasa awal-awal pandemik mula dikenal pasti iaitu pada Januari 2020, Korea Utara menutup sempadannya dengan China dan pada Februari, Korea Utara dilaporkan membakar lebih 12 orang yang meninggal dunia disebabkan gejala yang hampir sama dengan COVID-19.

Manakala untuk program vaksinasi di Korea Utara, Mac lalu Korea Utara menolak hampir dua juta vaksin AstraZeneca yang disumbangkan melalui progra COVAX Persatuan Kesihatan Sedunia kerana risiko pembekuan darah dan lebih memilik vaksin Sputnik V Rusia.

Pada 27 Julai 2020, Korea Utara mengisytiharkan darurat setelah mencatatkan kes pertama.

Mangsa pertama dipercayai merupakan seorang pelarian yang lari ke Korea Selatan tiga tahun lalu telah melintas sempadan dari Korea Selatan masuk ke Korea Utara di kota Kaesong pada 19 Julai lalu.

Menurut satu media antarabangsa, mangsa yang akan dikenakan hukuman berat atas arahan Presiden Korea, Kim Jong-un. Dalam pada masa yang sama, pihak berkuasa juga sedang mengesan individu yang pernah menjalankan kontak rapat dengan mangsa.