Escape Cameron Highlands 2023

Berkonsep Eropah, Taman Tema ESCAPE Akan Di Buka Pada 2023 Di Cameron Highlands

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selepas kejayaan pembukaan taman tema ESCAPE di Pulau Pinang dan Paradigm Mall, syarikat Sim Leisure Group bakal membuka sebuah lagi cawangan yang terletak di Cameron Highlands.

Terkenal dengan taman tema berkonsepkan alam semula jadi, keistimewaan ESCAPE Cameron Highlands kali ini mengetengahkan permainan dan seni bina bertemakan Eropah.

“ESCAPE Cameron Highlands bukan hanya akan mengetengahkan tarikan istimewa mereka malah saya dimaklumkan bahawa ia turut menampilkan permainan dan seni bina bertemakan Eropah, bersinergi dengan warisan Eropah di Cameron Highlands serta cuacanya yang lebih sejuk dan sederhana,” kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dalam sesi menandatangani memorandum rasmi secara maya.

Fakta menarik berkaitan taman tema ESCAPE Cameron Highlands:

1. Bakal mempunyai tarikan dry ski slope atau lereng ski kering dengan persekitaran yang diilhamkan daripada benua Eropah.

2. Dri ski slope bukanlah sesuatu yang baharu di Eropah. Ia selalu digunakan oleh atlet ski profesional apabila memasuki musim bunga, panas dan luruh tanpa turunnya salji.

Escape Cameron Highlands 2023
Gambaran Escape Cameron Highlands

3. Permukaan berwaran putih diperbuat daripada plastik bertekstur berus (brushes) dan ‘dibentangkan’ sejauh 1.2 kilometer dari ketinggian 200 meter.

4. Juga mempunyai sky lift chair sepanjang 920 meter dari kawasan landai hinggalah ke puncak taman tema.

Escape Cameron Highlands 2023

4. Turut diperkenalkan permainan berkonsep Eropah seperti street bowling, chasing after cheese dan pelbagai lagi.

5. Tidak ketinggalan pusat penginapan jenis glamping, camping dan hotel dalam bentuk kotej di lereng bukit untuk pengunjung menikmati keindahan tanah tinggi ini.

Escape Cameron Highlands 2023

Pembinaan ESCAPE Cameron Highlands ini bakal melalui empat fasa. Fasa pertama dijangka memulakan pembinaan pada Disember 2021 dan memakan masa 18 bulan sebelum siap pada pertengahan tahun 2023.

Menurut pemaju, sumber tenaga mengoperasikan ESCAPE Cameron Highlands datang dari fasiliti sumber cahaya matahari (photovoltaic), sumber angin (wind turbine) dan beberapa alternatif lain sekali gus mempromosi pelancongan bersih, sihat dan berorientasikan keluarga.

Sumber: Awani, KLFoodie