Mekah

‘Berjaya’ Pergi Mekah Tak Semestinya ‘Setel’ Semua Dosa

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dah jadi macam satu trend di Malaysia, bila seseorang itu berjaya menjejakkan kaki ke Mekah, bermakna statusnya lebih ‘mulia’ dan ‘suci’ berbanding dengan mereka yang gagal dan masih tidak berkesempatan untuk ke sana.

Secara ‘automatik’, segala dosa mereka yang lebih kaya dan mampu ini juga akan terhapus berbanding dengan mereka yang hidup miskin, susah serta tidak berkemampuan.

Buatlah apa dosa sekalipun – rompak, rasuah, rogol, fitnah bahkan tukar jantina sekalipun, kalau ada duit untuk pergi umrah atau haji dan ‘berjaya’ berdoa depan Kaabah, nescaya semuanya akan ’setel’.

Jangan risau, kalau agak-agak dah terlalu banyak dosa sekalipun, boleh cuba upgrade pakej yang mahal sikit yang menawarkan naik jet peribadi dan bilik hotel yang terletak betul-betul sebelah Kaabah!

Kalau rasa-rasa nak buat dosa balik ketika pulang ke Malaysia nanti, ‘apedehal’, nanti boleh repeat pergi lagi ke Mekah dan lebih afdal dan berkat jika menjadikannya sebagai amalan setiap tahun.

Itulah hakikatnya yang cuba disampaikan oleh ياسمين حناني محمد سفيان melalui satu hantaran yang dibuat di Facebooknya ini.

Berjaya sampai Mekah + Done selfie depan Kaabah = Setel segala dosa?

Astaghfirullah hal ‘azim. Entah sampai bilalah umat Islam di Malaysia berperangai dan mentaliti macam ni?

Mekah

Adakah pemergian ke Mekah tanda hidup kita sudah diberkati?

Saya ada satu kebimbangan apabila trend di kalangan kita yang menjadikan ziarah ke Baitullah sebagai lambang hidup kita sudah diberkati.

Baitullah dianggap tempat untuk menyuci dosa, namun bila pulang ke tanahair diulang lagi dan lagi dosa yang sama.

“Aku pondan tapi boleh sampai Mekah”

“Aku tak pakai tudung tapi boleh sembahyang depan Kaabah”

“Kau banyak solat dan puasa tapi tak pernah jejak ke Mekah”

Mana dalil mana nas menyatakan Kaabah hanya menerima orang yang tiada dosa?

Sejak zaman jahiliah, orang Mushrik tawaf di sekeliling Kaabah dalam keadaan berbogel.

Sejak dahulu pencuri penyeluk saku membuat onar di keliling Kaabah.

Pelacur penzina begitu banyak di sana sejak dahulu.

Malah bukan satu dua jemaah mati membunuh diri di hadapan Kaabah.

Adakah mereka mati kena petir di hadapan Kaabah?

Adakah semata-mata berada di hadapan Kaabah tanda semua aktiviti kehidupun mereka selama ini diberkati?

Sahabat,

Siapa pun boleh pergi ke Mekah, siapa pun boleh sahaja tawaf, saie mengerjakan haji dan umrah. Penzina, penipu, pencuri, ahli syirik dan lainnya boleh sahaja ke Mekah pada bila-bila masa.

Dosa hidup kita tidak disucikan semata-hata hadir di hadapan Kaabah.

Apabila berbuat dosa, Allah suruh kita bertaubat. Taubat ini boleh dilakukan di mana-mana. Tiada nas menyuruh kita bertaubat hanya di depan Kaabah.

Dalam Islam tiada ritual penebusan dosa di hadapan Kaabah. Tiada bayaran tiada aktiviti tertentu menghapuskan dosa melainkan taubat. Hanya Allah yang mengetahui taubat kita diterima atau tidak.

Hanya Allah yang berhak mengampunkan dosa kita.

Bergambar di hadapan Kaabah bukan tanda Allah reda.

Tapi cinta kita kepada Kaabah, rindu kita untuk menunaikan umrah dan haji adalah satu ibadah yang sangat baik dan dituntut.

Betapa ramai ahli maksiat pergi ke Mekah dan pulang masih berbuat maksiat?

Berapa ramai orang berkali-kali mengerjakan umrah dan haji tapi masih menipu dan khianat.

Jangan berbangga dengan ibadah kita yang hanya Allah yang menyampaikan kita ke sana.

Dosa tidak semudah mencuci pakaian…

BACA: Amalan Salah, Boleh Syirik – Peringatan Dan Teguran Ketika Berdoa Di Mekah

Sumber & kredit foto: Facebook ياسمين حناني محمد سفيان