Berjaya Lengkungkan Graf Jangkitan, Ini Yang Perlu Negara Lain Belajar Dari Malaysia

Malaysia berjaya lengkungkan graf jangkitan COVID-19.

Sejak mencatatkan kes pertama pada 23 Januari lalu serta gelombang kedua pada pertengahan Mac lalu, JP Morgan telah menjangkakan bahawa Malaysia akan mencatatkan 6,000 kes positif COVID-19 di Malaysia pada pertengahan April.

Berjaya melengkungkan graf di saat negara lain terus mencatatkan peningkatan jangkitan, semalam Malaysia telah berjaya mencatatkan dua angka kes positif berbanding sebelum ini iaitu tiga.

Kejayaan ini merupakan kejayaan kedua selepas kes positif yang disahkan pada 15 Mac lalu juga mencatatkan dua angka.

Berjaya Lengkungkan Graf Jangkitan, Ini Yang Perlu Negara Lain Belajar Dari Malaysia 1
Sumber: ZulYusmar.com
Berjaya Lengkungkan Graf Jangkitan, Ini Yang Perlu Negara Lain Belajar Dari Malaysia
Sumber: ZulYusmar.com

Berjaya melengkungkan graf jangkitan, apa yang Malaysia lakukan bagi memerangi wabak pandemik ini?

Tindakan Pantas Muhyiddin Yassin

Dalam pergolakan perubahan landskap politik negara, Perdana Menteri yang dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 oleh YDPA pada 1 Mac lalu mengambil tindakan pantas dengan mengumumkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

muhyiddin yasin

Memberi tempoh sehari supaya rakyat bersedia sebelum ianya dilaksanakan, tindakan pantas Muhyiddin Yassin bukan sahaja menerima pujian daripada negara luar seperti Indonesia dan Jepun, malah daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri.

Muhyiddin Yassin menetapkan enam perintah sepanjang tempoh PKP ini berlangsung iaitu:

  1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara.
  2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan.
  3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing.
  4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta.
  5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.
  6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara.

Tindakan Tegas

Menteri (Kanan) Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri serta Ketua Polis Negara memainkan peranan penting daripada segi hukuman kepada pesalah yang melanggar perintah ini.

Tindakan yang pada awalnya cuma pembayaran kompaun denda sebanyak RM1,000 sudah lagi tidak dilaksanakan pada fasa ketiga, sebaliknya pesalah terus ditahan dan dihadapkan ke mahkamah selepas daripada melihat rakyat yang masih lagi mengambil sambil lewa arahan berkenaan.

Mendengar Pendapat Daripada Pihak KKM

Memberi kepercayaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menentukan sama ada perlu atau tidak Malaysia menjalani fasa ketiga PKP menunjukkan kerajaan Malaysia mementingkan kerjasama semua pihak dalam merealisasikan negara bebas wabak ini.

Malah pengumuman bahawa kedai gunting rambut dibenarkan untuk beroperasi juga ditarik balik selepas pihak KKM menjelaskan kemungkinan akan adanya kluster gunting rambut sekiranya perkhidmatan berkenaan tidak dikawal ketat.

BACA: Kluster Gunting Rambut Mungkin Muncul Jika Operasi Perkhidmatan Tak Dipantau Dengan Tegas

Peranan ‘Ketua-Ketua’ Di Malaysia

Peranan semua yang bernama ketua wajarlah dipuji. Masing-masing menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

BACA: Makna Di Sebalik Etika Pemakaian PM Ketika Sidang Perutusan Yang Ramai Tak Perasan

Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalankan peranannya sebagai Perdana Menteri, Agong menjalankan peranannya sebagai Ketua Negara, Dr Noor Hisham menjalankan peranannya sebagai Ketua Pengarah Kesihatan, dan Datuk Seri Ismail Sabri menjalankan peranannya sebagai Menteri (Kanan) Keselamatan Negara.

Berjaya Lengkungkan Graf Jangkitan, Ini Yang Perlu Negara Lain Belajar Dari Malaysia
Sumber: The Star Online

Bukan individu ini sahaja yang menjalankan tugas dan amanah dalam memerangi wabak pandemik ini, tetapi kerjasama serta usaha keras petugas barisan hadapan termasuklah rakyat Malaysia berjaya merealisasikan lengkungan graf ini.

BACA: Hero Tak Didendang: Pengorbanan Individu Di Sebalik Wabak COVID-19 Di Malaysia

Selain mencontohi tindakan negara lain, Malaysia juga dipandang tinggi atas sebab berjaya lengkungkan graf jangkitan COVID-19 di negara ini.