Hutang

Berjaya Langsaikan Hutang RM300K! – Kisah Penuh Inspirasi Untuk Mereka Yang Putus Asa

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Akhir-akhir ini, ramai didapati telah buntu dan putus asa setelah sekian lama terhimpit dengan masalah hutang.

BACA: Sanggup Bakar Bentley Milik Sendiri Untut Tuntut Insurans Demi Langsai Hutang ‘Along’

Seramai 10,317 individu telah diisytiharkan bankrap sejak pandemik COVID-19 melanda negara pada Mac 2020 sehingga Julai 2021 manakala sebanyak 1,246 syarikat berdaftar pula terpaksa gulung tikar dalam tempoh yang sama.

Menurut statistik yang dikeluarkan Jabatan Insolvensi Malaysia, Selangor merekodkan jumlah individu paling ramai bankrap iaitu seramai 2,555 orang.

Kerajaan menerusi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) sentiasa menawarkan khidmat nasihat dan panduan mengenai pengurusan kewangan dan kredit untuk orang ramai.

Apa yang lebih penting, orang ramai dinasihatkan agar tidak putus asa, sentiasa kuatkan semangat dan tabah menempuhi dugaan di masa yang amat sukar ketika ini.

Sebuah kisah penuh inspirasi telah dikongsikan oleh Ali Hanafiah Daud di laman Facebooknya bagi membantu mereka yang amat terkesan dengan masalah hutang pada waktu ini.

Perkongsian yang diambil dari kisah benar hidupnya ini diharapkan dapat menyuntik sedikit semangat positif kepada mereka yang dibebani dengan hutang untuk terus yakin dan bangkit mencari ‘cahaya di hujung terowong’ yang pasti akan tiba.

1Hutang

Hutang terakhir!

Alhamdulillah hari ini saya dapat sempurnakan pembayaran hutang terakhir saya dengan bank.

Sejak bekerja dulu saya ada 8 jenis hutang dengan 6 buah bank berjumlah RM324,281.00.

Pada tahun 2009 saya tak mampu bayar hutang tu semua sebab bisnes jatuh.

Waktu itulah mulanya episod struggle nak keluar daripada masalah kewangan.

Untuk bantu ringankan beban bayaran hutang saya telah minta bantuan AKPK.

Walaupun dapat kurangkan bayaran bulanan, tapi struggle untuk adakan duit untuk bayar hutang dan meneruskan kehidupan adalah amat sukar.

Sebut je kesukarannya, insya-Allah pernah dilalui.

Kereta kena tarik biasa.

Kereta sambung bayar pun kena tarik sebab tak mampu bayar.

Bajet betul-betul petrol.

Road tax tamat tak mampu bayar.

Sewa rumah tak bayar sampai kena tagih tuan rumah.

Kereta tak servis sampai enjin rosak.

Kena pinjam motor adik sebab dah tak ada kenderaan.

Hantar dan jemput 3 orang anak ke sekolah berlainan dengan motor tak kira panas ke hujan.

Kutip duit syiling sebab nak beli beras dan telur untuk makan.

Sendiri-sendiri menangis mengenang nasib diri.

Kalau nak disenaraikan semua, memang panjanglah ni.

Cukuplah itu sebagai perkongsian.

Bukanlah nak tunjuk pasal kesusahan kita semata-mata.

Tapi…

Saya faham sebab ada yang sedang mengalaminya sekarang.

Perkongsian begini boleh menjadi inspirasi dan perangsang kepada mereka yang sedang berusaha keras mengubah kehidupan.

Saya pun sebenarnya dah sampai peringkat tak nampak apa-apa cahaya di hujung terowong dah sebenarnya.

Rasa putus asa tu memang selalu, tapi saya tak nak putus asa.

Sebab isteri dan anak-anak saya sangat mengharapkan saya.

Macam-macam benda saya buat untuk atasi masalah saya ni.

Walaupun dah ikuti program AKPK, sekali lagi 2016 saya jatuh dan tak mampu bayar hutang saya.

Hanya 2019 barulah saya nampak ada harapan besar.

Masa ini saya menerima tawaran sebagai pengedar produk Black G.

Pada masa tu sebenarnya saya tak berapa yakin.

Oleh sebab tak ada pilihan lain saya hanya mencuba.

Saya buat iklan, masuk ke WhatsApp dan close di WhatsApp.

Alhamdulillah, 50 hari pertama dapat jualan RM53k.

Tak sangka juga sambutan terhadap produk Black G sangat memberangsangkan.

Alhamdulillah, sampai sekarang pun saya masih lagi menjual produk ini dan permintaannya sentiasa ada.

Yang paling best adalah repeat sales.

Apabila dah mampu berdiri, saya juga buka cabang bisnes lain seperti jual ebook, buat servis web jualan, servis copywriting dan personal coaching. Di samping itu buat juga affiliate untuk beberapa produk lain.

Dan Alhamdulillah, hari ini saya telah langsaikan hutang terakhir saya dengan bank.

Memang kepala ini berasa sangat lapang.

Kalau direnung kembali masa lalu ingin je rasanya saya nak beritahu diri saya sendiri yang lalu, bahawa “Kau boleh lakukan. Kau hanya jangan berputus asa. Cahaya di hujung terowong itu memang ada”.

Saya kongsikan kisah ini di FB saya sebagai bukti bahawa kita boleh keluar daripada masalah kita. Yang penting jangan putus asa.

Sumber: Facebook Ali Hanafiah Daud, Astro AWANI