Berjaya Kutip RM1.3 Juta Dalam Masa Empat Hari Tayangan, Filem ‘Jebat’ Tak Sesuai Untuk Tontonan Keluarga 1

Berjaya Kutip RM1.3 Juta, Filem ‘Jebat’ Kurang Sesuai Untuk Tontonan Seisi Keluarga

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Berjaya kutip RM1.3 juta dalam masa empat hari tayangan, filem Jebat kurang sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Enam tahun lalu, filem adaptasi daripada novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta (2013) yang menggandingkan lakonan hebat Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose pernah mencetuskan fenomena apabila menjadi trending di Malaysia.

BACA: Netizen Rekomen Semula Filem ‘One Two Jaga’ Di Tengah-Tengah Isu Hangat Polis

Tersenarai sebagai salah sebuah drama yang mencatatkan jumlah tontonan tertinggi di saluran 480 Astro Mustika, pasangan ini sekali lagi digandingkan dalam filem Jebat.

Kaut RM1.3 Juta Dalam Masa Empat Hari Tayangan, Filem ‘Jebat’ Tak Sesuai Untuk Tontonan Keluarga

Dengan harga RM15, penonton boleh menonton filem ini berulang-ulang kali dalam tempoh 48 jam selepas pembelian.

https://www.instagram.com/p/CEX2LwSAvUw/?utm_source=ig_embed

Baru empat hari ditayangkan bermula 3 September lalu, filem arahan Jamal Khan yang menampilkan beberapa watak baru lakonan Idris Khas, Peter Davis, Carmen Soo, Rahim Buang, Sangeeta Krisnasamy dan Louisa Chong ini sudah pun berjaya kutip RM1.3 juta.

Mengisahkan mengenai Jebat, bekas ketua gangster yang sudah bertaubat dan mahu menjalani kehidupan seperti orang biasa bersama isterinya, Mastura, plot cerita kemudian dicorakkan dengan gangguan kumpulan gangster yang sehingga menggugat keselamatan beliau, isterinya dan orang-orang di sekelilingnya.

Kaut RM1.3 Juta Dalam Masa Empat Hari Tayangan, Filem ‘Jebat’ Tak Sesuai Untuk Tontonan Keluarga 2
Sumber: The Star

Biarpun drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta mendapat sambutan yang hangat, secara peribadinya filem Jebat tidak mencapai jangkaan seperti yang diharapkan.

Ini kerana terlampau banyak lompong-lompong yang jelas sama ada pada babak dan lakonan pelakon tambahan sehingga ianya kelihatan agak kekok.

Ditambah pula dengan beberapa babak yang ada menyelitkan unsur dialog-dialog ‘intim’ antaranya babak ketika Jebat dan Mastura sedang menjalani percutian bulan madu yang dirasakan agak tidak sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Kaut RM1.3 Juta Dalam Masa Empat Hari Tayangan, Filem ‘Jebat’ Tak Sesuai Untuk Tontonan Keluarga 3

Untuk tontonan kali pertama mungkin lompong-lompong ini boleh diterima, tapi untuk tontonan semula kali kedua… Mungkin perlu berfikir dua tiga kali dahulu.

Tonton trailer filem Jebat di pautan bawah:

Rating: 3.5/5