
Beriadah Setakat Kemampuan Heartbeat, Lelaki Ini Kongsikan Kiraan Yang Sesuai Untuk Degupan Jantung
Peminat bola sepak tempatan menerima perkhabaran yang mengejutkan apabila bekas pemain kebangsaan dan juga pengulas terkenal, Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby Singh dilaporkan telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Johor Bharu.
Mendiang yang berusia 61 tahun difahamkan mengalami sesak nafas ketika menjalani aktiviti berbasikal bersama rakan-rakanya.
Seorang pengguna Facebook bernama Zainuddin Omar telah membuat perkongsian tentang apa yang beliau belajar dengan doktor sukan tentang maksimum degupan jantung ketika beriadah.
Artikel dan perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan apa yang terjadi terhadap Shebby Singh, namun ia boleh dijadikan panduan yang berguna.
Kita perlu beriadah setakat 80 hingga 90 peratus dari maximum heartbeat.
Shebby meninggal dunia kena heart attack ketika berbasikal dan saya tak nampak mendiang menggunakan heart rate monitor sama ada jenis strap dada atau jam tangan.
Apa yang saya belajar dari sports doctor, kita perlu beriadah setakat 80 hingga 90 peratus dari maximum heartbeat.
Anda boleh jumpa cadiologist buat maximal treadmill atau bicycle stress tests untuk mengetahui apa maximum heartbeat anda.
Tetapi kiraan mudah maximum heartbeat ialah 220-umor.

Contoh jika umur 50, maximum heartbeat ialah 220-50 = 170.
Jika anda orang muda anda boleh riadah 90% dari 170 iaitu 153.
Maknanya bila riadah heartbeat jangan lebih 153. Jam yang berjenama baik, anda boleh set alarm jika had HR dilepasi.
Jika anda berumur, setakat 80% sudah memadai.
HR yang rendah dari itu mungkin anda tidak dapat benefit dari exercise.
Saya riadah menggunakan jam Garmin Solar instinct yang mempunyai heart rate monitor dan pastikan beriadah antara 120-130 heartbeat. Kadangkala terlajak juga 140.
Of course heart rate monitor sports watch tidak tepat seperti heart rate strap di dada.
Banyak jam sports watch sekarang ini mempunyai heart rate monitor dengan harga mampu beli.
Jika anda tidak fit, jangan cuba riadah dengan kaedah HIIT, which is very taxing to the heart.
Anda boleh cuba kaedah MAF jika anda seorang runner.
Semoga bermanfaat.
BACA: Sindrom Brugada: Penyakit Jantung Misteri Yang Membunuh Dalam Tidur
Garmin turut memperkenalkan siri Venu GPS Smartwatch Fitness Watch with AMOLED Display untuk mereka yang inginkan smartwatch kesihatan. Boleh dapatkannya di sini.
Sumber: Zainuddin Omar