
Beri Topik ‘Islam Tidak Halang Homoseksual’, KPM Digesa Ambil Tindakan Penganjur Debat PTR 2019
Baru-baru ini telah berlangsung Debat Piala Tun Razak 2019 bagi kategori bahasa Inggeris yang diadakan di Sekolah Dato’ Abdul Razak yang mana ia menimbulkan isu apabila pihak penganjur memberi tajuk homeseksual (topik dua dan tiga), dengan mengatakan bahawa Islam tidak menghalang homoseksual.
“Diberikan kebolehan untuk menulis semula Al-Qur’an, Rumah ini, sebagai sarjana-sarjana Islam moderat akan menerbitkan semula satu versi baru Al-Qur’an dengan membuang kandungan yang terdedah kepada tafsiran radikal.” (“Given the ability to rewrite the Qur’an, this House, as moderate Islamic scholars would republish a new version of Qur’an with contents vulnerable to radical misinterpretation removed“).
Topik berkenaan perlu dihujah oleh salah satu pasukan yang terlibat iaitu Sekolah Menengah Agama Perseketuan (SMAP) Kajang, namun telah menarik diri dari menyokong topik tersebut.
Susulan itu, ramai yang menggesa agar Kementerian Pendidikan mengambil mengambil tindakan terhadap penganjur dengan kadar segera sebagai satu bentuk pengajaran kerana tidak menjaga sensitiviti beragama di Malaysia.
Bagaimanapun, pihak penganjur telah mengeluarkan surat permohonan maaf dan penjelasan tentang topik yang diberikan.
Isi penjelasan itu beralaskan hypothetical motion; usul yang diminta dibahaskan oleh pendebat pelajar sebagai: “gambarkan dalam sebuah dunia imaginasi, Muslim boleh mereka versi baharu Quran seperti mana yang wujud dengan pelbagai versi Bible (Protestan, Catholic dan Ortodox).
Memetik laporan Sinar Harian, Presiden Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar sangat kesal dengan pemilihan tajuk debat berkenaan yang langsung tidak memberi sebarang pertimbangan menjaga sensitiviti beragama di Malaysia apatah lagu dianjurkan oleh orang Islam sendiri dan disertai juga oleh orang Islam.
Menurut Zainul Rijal, tajuk yang diberikan penganjur boleh menjejaskan akidah apabila suatu pihak terpaksa menyokong atau menentang tajuk itu.
Tidak menghairankan apabila kami selidik wakil penganjur debat berkenaan, kami dapati beliau sendiri berkepentingan peribadi.
Dan kini, akaun Piala Tun Razak di laman sosial Instagram dan Twitter didapati telah ditutup.
Diharapkan pihak penganjur dikenakan tindakan tegas kerana sengaja merobek sensitiviti agama Islam dalam sesebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara.