
Beri Peluang Pedofilia Buat ‘Kerja’, Ibu Bapa Sila Berhenti Kongsi Gambar Anak Dalam Cabaran #DropYourPhoto
Beri peluang pedofilia buat kerja, ibu bapa diminta henti kongsi gambar anak dalam cabaran #dropyourphoto.
Sosial media Facebook belakangan ini dipenuhi dengan hantaran-hantaran daripada ibu bapa yang berkongsikan gambar anak-anak mereka dalam cabaran terbaharu dengan tanda pagar:
#drop_your_daughter_pic_challenge
#drop_your_son_pic_challenge
#drop_your_children_pic_challenge
#drop_your_cute_son_challenge
#drop_your_cute_daughter_challenge
#drop_your_cute_children_challenge
#drop_your_daughter_pic_challenge
Mungkin niat di hati ibu bapa sekadar ingin berkongsi kecomelan dan kecantikan anak-anak, namun tanpa sedar ianya membawa risiko yang lebih besar apabila ada pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan peluang ini untuk melakukan jenayah terutamanya jenayah pedofilia.
Jenayah yang melibatkan kes pedofilia semakin hari semakin dilihat semakin banyak dan semakin kejam tidak kiralah sama ada di Malaysia atau pun di luar negara.
Dengan adanya tanda pagar tersebut, penjenayah ini akan mendapat akses mudah untuk ‘menyimpan’ gambar kanak-kanak yang tidak bersalah seterusnya menjadikannya sebagai bahan untuk jenayah mereka – jualan dan sebagainya.
Yang lebih merisaukan dan membahayakan sekiranya mereka mampu mengesan anak-anak anda menerusi perkongsian gambar tersebut.
Tahukah anda, menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Siti Zailah Mohd Yusoff, sebanyak 1,721 kes jenayah terhadap kanak-kanak direkodkan dalam tempoh Januari hingga 30 Jun lalu di Malaysia.
BACA: Jadi Kegunaan Golongan Pedofilia, Polis Nasihat Ibu Bapa Pantau Anak Kecil BerTikTok
Malah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak Bukit Aman pada April 2019 telah mengeluarkan data bahawa jumlah kes jenayah melibatkan kanak-kanak meningkat sebanyak 20.3% bagi tempoh enam bulan terakhir 2018 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Masih ingat lagi dengan kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak perempuan, Nurin Jazlin Jazimin pada 2007 lepas?
Biarpun sudah 13 tahun berlalu, kes jenayah Nurin Jazlin Jazimin tidak pernah ditutup dan sentiasa aktif.
Baca lanjut di sini: Sudah 13 Tahun Tapi Kes Nurin Jazlin Tak Pernah Ditutup