Big Stage Petisyen Singkirkan Ajai

Beri Komen Keterlaluan, Netizen Lancar Petisyen Singkirkan Ajai Sebagai Juri Big Stage 2020

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Netizen Lancar Petisyen Singkirkan Ajai Sebagai Juri Big Stage 2020

Malam tadi Konsert Big Stage 2020 membuka tirai dengan 12 peserta mempamerkan persembahan pengenalan kepada semua penonton. Bertemakan starter pack, 12 peserta membawakan lagu-lagu yang melambangkan identiti mereka.

Juri tetap pada musim ini ialah Ajai, Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir manakala Hael Husaini sebagai juri jemputan dan Neelofa mewakili suara orang ramai di laman sosial untuk bertindak sebagai presiden netizen.

Walau bagaimanapun, nama komposer terkenal iaitu Ajai mula menjadi trending di laman sosial Twitter apabila kritikannya dianggap ‘pedas’ dan keterlaluan. Kritikan itu diberi kepada peserta Dr Hafiz Zainal yang dikatakan sumbang dengan memberi markah hanya 2 daripada 100.

“Awak menyanyi dari awal sampai akhir, sumbang. Next time jangan perasan, kena sentiasa peka. Pada saya, penyanyi tak boleh salah nada. Stop je kalau nada dah salah,” komen Ajai.

Memetik sumber Gempak, Ajai menegaskan sepatutnya Hafiz Zainal layak mendapat markah kosong kerana menyanyikan lagu dengan sumbang.

Katanya, dia melihat perkara itu lebih kepada pekak nada dan ia memberi masalah yang besar kepada seseorang penyanyi.

“Jangan jadikan markah kosong tu sebagai benda yang boleh menjatuhkan kerana ia boleh menjadi pemberi semangat pada dia dan saya nak tengok betul tak dia bukan pekak nada minggu depan,” jelas Ajai kepada Gempak.

Susulan komen yang mengundang kontroversi itu, netizen mula melancarkan petisyen menyingkirkan komposer terkenal itu daripada menjadi juri tetap Big Stage 2020.

Big Stage Petisyen Singkirkan Ajai

Menurut petisyen yang dilancarkan 9 jam lalu, kritikan Ajai iaitu “awak pengsan pun lagi best” terlalu melampau dan mengaibkan.

Ajai yang sedia tahu netizen akan membencinya berkata tidak kisah kerana niat asalnya adalah untuk memberikan ilmu yang betul kepada semua peserta.

“Saya tahu orang akan benci pada saya tapi saya tak peduli.

“Yang bercakap-cakap tu mungkin peminat setia tetapi tugas saya adalah untuk memperbaiki penyanyi-penyanyi yang anda semua suka ni untuk dia menjadi betul,” jelasnya lagi.