
Bergambar Dengan Gaya ‘Peace’ Boleh Jadi Punca Data Peribadi Anda Diceroboh
Jika bergambar, pasti ada di antara kita yang gemar menggunakan simbol gaya ‘peace’ bukan?
Merupakan simbol yang didekasikan untuk perdamaian dunia, gaya simbol peace ini popular sebagai trend yang digunakan bagi mengelakkan gambar kelihatan kaku.
Akan tetapi, tahukah anda, simbol ini merupakan salah satu gaya yang paling disukai oleh para hacker kerana ianya memudahkan mereka untuk menggodam data peribadi anda termasuklah maklumat perbankan?
Menurut penyelidik dari Institusi Informasi Jepun (NII), Profesor Isao Echizen dengan teknologi canggih kamera telefon pintar, penggodam boleh mencipta pelbagai salinan ‘kegunaan’ daripada simbol peace yang diambil sehingga tiga meter jauhnya.
Tambah pula jika cap jari anda berada dalam fokus gambar dengan pencahayaan yang terang, ianya mampu meningkatkan risiko keselamatan diri dan data peribadi anda.
Untuk pengetahuan anda, kes kecurian data dengan hanya menggunakan gambar bukanlah yang pertama kali berlaku di dunia.
Pada tahun 2014, seorang penggodam, Jan Starbug Krissler berhaya mencipta salinan cap jari Menteri Pertahanan Jerman, Ursula von der Leyen hanya menggunakan gambar yang diambil jurugambar.
Sumber: AlphrGuna pensel dan buku sahaja, John Wick dah boleh menang.
Aksi John Wick Tewaskan Musuh dengan Pensel dan Buku
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.