
Berdepan Dakwaan Cetak Rompak, Portal KissAnime Dan KissManga Ditutup Buat Selamanya
Dua portal yang selalu dikunjungi peminat anime iaitu KissAnime dan KissManga telah menghentikan operasi buat selama-lamanya selepas berdepan dakwaan cetak rompak selapas Jepun menguatkuasakan Undang-Undang Anti Cetak Rompak.
BACA: Jual Barangan Ciplak Melalui Internet Bakal Dikena Tindakan – KPDNHEP
Dua portal yang berdepan dakwaan cetak rompak ini sering dikunjungi orang ramai terutamanya peminat anime dilaporkan telah menurunkan semua fail di dalamnya oleh pemilik hak cipta.
Biarpun sebenarnya undang-undang ini pernah diperkenalkan beberapa tahun lalu, namun tentangan yang diterima menyebabkan ianya telah digubal semula yang mana akan diketatkan bagi mengawal hak cipta dan larangan muat turun manga, majalah dan buku ilmiah secara haram.
Melalui undang-undang ini, mereka yang disabitkan kesalahan boleh menerima hukuman penjara dua tahun atau pun penjara sekitar dua juta yen (+-RM78,687) atau kedua-duanya sekali.

Manakala untuk mereka yang mengendalikan laman web yang mengandungi kandungan dilarang pula berkemungkinan bakal menerima hukuman penjara lima tahun atau saman sebanyak lima juta yen (+-RM196,717) atau pun kedua-duanya sekali.
Walaupun dikatakan akan dilaksanakan bermula Januari 2021, pengendali laman web yang memuat naik kandungan haram ini diberikan masa sehingga 1 Oktober 2020 untuk menutup laman web mereka.
Undang-undang ini bagaimanapun mengecualikan perbuatan perkongsian peribadi iaitu berkongsi sebahagian daripada muka surat manga, majalah atau buku-buku secara peribadi.
Di Malaysia pula, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mempunyai undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas pedagang Internet yang menjual barangan tidak tulen yang menyalah guna jenama terkenal.
Trending now



