Berdamai Dengan AS, Wanita Afghanistan Bimbang Jika Taliban Kembali Berkuasa

Wanita Afghanistan Bimbang Taliban Kembali Berkuasa
Sumber: Reuters

Setelah hampir dua dekad konflik melanda Afghanistan, Amerika Syarikat (AS) dan Taliban akhirnya sepakat menandatangani perjanjian damai yang diharap dapat menamatkan peperangan paling lama di negara itu.

Perjanjian itu bakal menyaksikan pengunduran sepenuhnya tentera Amerika Syarikat dari Afghanistan dalam tempoh 14 bulan mendatang dengan syarat Taliban bersedia menyertai dialog bersama pemerintah dan menentang kumpulan militan lain termasuk al-Qaeda.

Pejuang Taliban, Mullah Barada menandatangani perjanjian itu bersama Ketua Perunding Washington yang juga Duta Khas AS ke Afghanistan, Zalmay Khalilzad dalam satu bilik persidangan di hotel mewah pada Sabtu.

Pengurangan pasukan tentera itu adalah sebagai janji untuk ‘mengurangkan tindakan kekerasan’ di negara itu yang akan dinilai oleh AS, namun masa depan peperangan di negara itu dilihat masih lagi kabur.

Menerusi perjanjian itu juga, Taliban dijangka menuntut lebih 5,000 pejuangnya dibebaskan dari penjara, namun tidak dipastikan sama ada kerajaan negara itu bersetuju.

Bagaimanapun, perjanjian itu memberi kebimbangan kebanyakan penduduk Afghanistan terutama golongan wanita yang mana tindakan memanggil pulang pasukan tentera asing hanya akan menyaksikan Taliban kembali berkuasa.

Militan berada di puncak kuasa kira-kira lima tahun sehinggalah serangan AS pada 2001. Mereka memerintah Afghanistan secara kuku besi dan mengubah wanita menjadi ‘tawanan’ di bawah tafsiran undang-undang syariah yang sempit.

Ketika di bawah pemerintahan Taliban, wanita dilarang mendapatkan pendidikan atau bekerja, hak yang sangat dilindungi golongan wanita profesional Afghanistan hari ini.

“Namun jika Taliban kembali berkuasa, dengan mentaliti lama, ia amat membimbangkan,” kata ibu tunggal yang membesarkan tiga anak itu.

Menjelang perjanjian dengan AS sebelum ini, militan itu membuat komitmen rawak untuk menghormati hak wanita selaras nilai Islam, yang mencetuskan amaran aktivis bahawa ikrar itu hanya sandiwara dan terbuka pada tafsiran yang luas.

Wanita Afghanistan Bimbang Taliban Kembali Berkuasa
Sumber: Kompas Internasional

Taliban mengawal kawasan yang luas di Afghanistan dan meskipun kini mereka membenarkan wanita ke sekolah rendah di beberapa tempat, beberapa laporan wanita disebat dan dibaling batu masih diterima, mencetus kebimbangan militan itu akan mengulang amalan lama apabila kembali memerintah.

Sumber: BH