‘Bercuti Tempat High Class Dengan Mentaliti Low Class’ – Kisah Tular Keluarga Bawa Periuk Nasi Ke Lexis Hibiscus Jadi Perhatian 3

‘Bercuti Tempat High Class Dengan Mentaliti Low Class’ – Kisah Tular Keluarga Bawa Periuk Nasi Ke Lexis Hibiscus Jadi Perhatian

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

‘Bercuti tempat high class dengan mentaliti low class.’

Sejak kelonggaran diberikan dalam tempoh Perntah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan pada 10 Jun lalu, berpusu-pusulah rakyat Malaysia keluar melepaskan ‘gian’ bercuti selepas hampir empat bulan ‘diikat’.

Mungkin kerana itu jugalah ada yang terlampau seronok dengan rancangan perrcutian mereka sampai terlupa mahu mengaplikasikan adab berkunjung ke tempat orang.

21 September lalu, seorang pengguna Facebook, Ainul CheNoi telah berkongsikan perangai sebuah keluarga yang datang bercuti tempat (hotel) bertaraf lima bintang, Lexis Hibiscus Port Dickson tetapi dengan membawa mentaliti kelas bawahan.

Habis semua benda pun diangkut mereka – periuk nasi, toto, malah batang pancing pun ada!

https://www.facebook.com/ceknoi/posts/10223508672727909

Jom lihat gambar satu per satu.

‘Bercuti Tempat High Class Dengan Mentaliti Low Class’ – Kisah Tular Keluarga Bawa Periuk Nasi Ke Lexis Hibiscus Jadi Perhatian 1
Sumber: FB Ainul CheNoi

 

‘Bercuti Tempat High Class Dengan Mentaliti Low Class’ – Kisah Tular Keluarga Bawa Periuk Nasi Ke Lexis Hibiscus Jadi Perhatian 2
Sumber: FB Ainul CheNoi

 

‘Bercuti Tempat High Class Dengan Mentaliti Low Class’ – Kisah Tular Keluarga Bawa Periuk Nasi Ke Lexis Hibiscus Jadi Perhatian
Sumber: FB Ainul CheNoi

Mungkin niat mereka mahu berjimat, tapi janganlah sampai menyebabkan kesusahan kepada pihak lain antaranya pihak hotel yang terpaksa menanggung kos tambahan dan pihak pengunjung lain yang terpaksa berdepan dengan peraturan yang lebih ketat.

Pandemik COVID-19 menyaksikan banyak hotel yang lumpuh akibat daripada ketiadaan pendapatan. Malah untuk menarik semula pelancong melancong, industri hotel terpaksa membuat tawaran promosi diskaun terlajak murah.

BACA: Hotel 40 Tahun Antara Antara Yang Tumpas Sepanjang Pandemik COVID-19 Melanda

Jadi anda sebagai pengunjung dan pelancong yang bijak, melanconglah dengan berhikmah. Janganlah membawa kesusahan kepada orang lain.