
Berat Badan Turun Lebih 60kg! Gadis Ini Kongsi Kaedah Diet Yang Pasti Menjadi. Menu Harian Turut Didedahkan!
Ramai yang melihat gambar ‘SEBELUM’ dan ‘SELEPAS’ yang dikongsikan oleh gadis ini pasti menganggapnya sebagai gambar ’photoshopped’ semata-mata.
Tidak kurang juga pasti ada yang menganggapnya hanya sekadar satu iklan pil ajaib untuk menguruskan badan yang dijual oleh syarikat-syarikat jualan langsung.
Namun, hakikatnya inilah satu bukti kejayaan sebenar Connie Roxanne Jiwin dari Donggongon, Sabah yang berjaya menurunkan berat badan lebih 60kg hanya dalam masa 1 tahun 9 bulan!
Kegigihan beliau tersebut dikongsikan dalam Facebook Group Diet Suku Suku Separuh dan kini telah mendapat lebih 6 ribu Likes dan hampir 1 ribu Shares.
Selain dari mendedahkan jenis senaman yang dilakukan, Connie turut berkongsi apakah menu makanan dan nutrisi hariannya sehingga berjaya melakukan penurunan berat badan yang ketara sedemikian.
Apakah rahsia sebenar Connie? Pasti ramai yang nak tahu. Jom ikuti pendedahan beliau. Selamat mencuba!

Saya memulakan diet pada bulan Mei 2020 ketika berat saya 124kg. Sekarang, berat saya hanya 61.6kg. Jumlah keseluruhan penurunan berat badan selama 1 tahun 9 bulan ialah sebanyak 62.4kg. Kegigihan akan membawa kejayaan. Percayalah! Sasaran menuju 57kg.
By the way, ini tip diet masa mula nak start diet. Memandangkan ramai yang bertanya, dikongsikan juga menu diet saya di sini.
Saya juga buat senaman menggunakan treadmill (mula dengan berjalan sahaja kerana badan masih berat untuk berlari). Selepas berjaya buat penurunan beberapa belas kilogram, baru saya mulakan pula dengan senaman menggunakan kettlebell seterusnya dengan dumbbell.

BACA: Ini Cara Makan Sikit Tapi Kenyang Lama, Confirm Boleh Kurus Punya
Sumber: Facebook Group Diet Suku Suku Separuh