
Berapa Syarikat Google Rugi Jika Akses Ke YouTube Alami Masalah?
Beberapa hari lalu, media sosial menjadi kecoh selepas beberapa laman web komunikasi seperti YouTube, Google Drive, Google Meet, Google Classroom, Stadia, Google Calendar, Google Maps dan Google Playstore mengalami masalah.
Google alami kerugian hampir USD1.7 juta
Disebabkan gangguan akses kepada YouTube kira-kira 37 minit, Google dilaporkan telah mengalami kerugian sekitar USD1.7 juta (RM4.04 juta) yang mana setiap minit adalah bersamaan dengan USD47,147 (RM190,544.60).
Cara utama Google menjana pendapatan adalah melalui khidmat pengiklan yang dipanggil sebagai Google AdWords, Google AdSense dan juga Google AdMob.
1. Google AdWords
Iklan berbayar Google AdWords adalah sumber hasil Google yang utama yang ditampilkan pada Search Engine Google berdasarkan kata kunci tertentu yang ditargetkan. Sebagai contoh ianya banyak digunakan oleh peniaga bagi mempromosikan perniagaan mereka sesuai dengan kata kunci yang ditentukan.

2. Google AdSense
Iklan yang dikawal Google di dalam laman web dengan membenarkan teks, gambar dan video melaluinya. Iklan ini dikawal oleh Google dan hasil yang dijana dibayar sama ada per klik atau pun perseribu impressions basis.

3. Google AdMob
Manakaala Google AdMob pula merupakan pengiklanan pada telefon mudah alih termasuklah Android, iOS, pelayar web, tingkap telefon dan semua pelayar web mudah alih standard.

Google jana pendapatan daripada bukan iklan
