Berang Larangan Buang Sampah Tak Diendah, Penduduk Kampung Tekad Bina Kubur Sebagai Pengajaran

Masyarakat Malaysia memang agak terkenal dengan perangai suka membuang sampah di merata-rata tempat sehinggakan ada pelancong luar negara yang datang ke Malaysia yang ‘sudi’ mengutip sampah bagi pihak kita.

Ini berlaku bukan sahaja kerana tahap kesedaran yang masih rendah, tetapi juga gara-gara tiada adab dan perasaan cinta kepada alam sekitar.

Disebabkan kedegilan inilah, ada sesetengah pihak terpaksa melakukan satu langkah drastik seperti yang berlaku di Kampung Hujung Tanjung, Terengganu.

Buang Sampah Penduduk Bina Kubur

Berang dengan sikap degil pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di kawasan tepi jalan kampung tersebut walaupun sudah diletakkan tanda larangan membuang sampah serta memagar kawasan dengan tali menyebabkan penduduk kampung tekad membina sebuah kubur sepanjang dua meter.

Demi mendidik dan menyedarkan penduduk agar tidak membuang sampah di kawasan berkenaan, kubur yang lengkap dengan hiasan batu nisan merupakan inisiatif hasil kesepakatan beberapa orang penduduk kampung.

Ada penduduk kampung memberitahu di kawasan tersebut memang ada disediakan tong sampah oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), namun sampah masih dibuang di luar tong malah ada kejadian yang mana tong yang disediakan dibakar.

Yang ajaibnya, selepas kubur berkenaan ‘dibina’ di kawasan itu, sudah tidak kelihatan sampah di sana!

Buang Sampah Penduduk Bina Kubur 2

Menurut Imam Masjid Tengku Tengah Zaharah, Ahmad Ridhwan Md Radzi, jika replika kubur berkenaan dibina bagi tujuan mendidik, ianya adalah tidak salah dan tidak bertentangan dengan syariat agama. Namun jika ianya tidak memberikan keinsafan, adalah lebih baik ianya dibuang bagi mengelakkan fitnah.

Sumber: Harian Metro, Kuala Terengganu Residen

Lihat bulatan merah.

Harold Scary Stories To Tell In The Dark ‘Bernyawa’ Dirakam CCTV

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.