Berang Kena Double Park Tanpa Nombor Telefon, Lihat Cara Wanita Ini ‘Ajar’ Pemilik Kereta

Berang kena double park tanpa nombor telefon, lihat cara wanita ini ajar pemilik kereta.

Kes double park sering menjadi isu terutamanya di kawasan perumahan bertingkat seperti apartmen dan kondominium disebabkan kawasan parkir yang terhad.

Berang Kena Double Park Tanpa Nombor Telefon, Wanita ‘Ajar’ Pemilik Kereta 4
Gambar sekadar hiasan. Sumber: The Star

Tapi nak double park kena tahu adabnya juga seperti tinggalkan nombor telefon dan naikkan handbreak. Semustahak apa pun keperluan anda, jangan sampai menyusahkan orang lain.

Apa akan jadi kalau tak buat? Risikonya mungkin akan jadi macam ini – cermin kereta dipecahkan.

Satu video yang tular dimuat naik pada Jumaat lalu menunjukkan seorang wanita yang berang kena double park telah memecahkan cermin kereta Kancil yang menghalang laluannya dengan menggunakan objek yang dipercayai berupa seperti bata.

Satu rakaman video memaparkan seorang wanita memecahkan cermin sebuah kereta yang diletakkan dihadapan kenderaan miliknya di kawasan letak kereta tular di media sosial..kenderaan tersebut dipercayai diletakkan secara melintang dan menaikkan brek tangan di hadapan kereta yang diletakkan di dalam petak meletakkan kenderaan..Kejadian dipercayai berlaku di kawasan rumah Flat di Kelantan baru-baru ini..Sumber Facebook: Rohana Daud

Posted by Kes Jenayah Di Malaysia on Saturday, 12 September 2020

Di ruangan komen ada yang menyokong tindakan wanita tersebut, namun ada pula yang tidak bersetuju dengan kekerasan yang dilakukan beliau.

Berang Kena Double Park Tanpa Nombor Telefon, Wanita ‘Ajar’ Pemilik Kereta 1

Jadikan sebagai pengajaran supaya tak pentingkan diri sendiri

Berang Kena Double Park Tanpa Nombor Telefon, Wanita ‘Ajar’ Pemilik Kereta

Menurut portal Ask Legal, jika anda tanpa sengaja telah melanggar kenderaan yang melakukan double park, kesalahan tetap dijatuhkan kepada anda juga akhirnya.

Nak senang, hubungi terus majlis perbandaran tempatan atau polis trafik supaya kenderaan tersebut boleh ditunda. Biarpun ramai yang risau tindakan yang diambil akan mengambil masa yang lambat, orang awam tidak seharusnya bertindak sendiri dan harus memberi ruang kepada pihak penguatkuasa untuk menjalankan tugas.

Terdahulu,  seorang lelaki telah menimbulkan kekaguman orang awam kerana mempunyai kemahiran memarkir di kawasan sempit dengan gaya yang bersahaja. Gaya beliau parkir ‘like a pro’ ini telah dikongsikan secara meluas di media sosial.