Berang Dengan Kelewatan Depp Ke Majlis Hari Lahirnya, Amber Heard ‘Lepas Hajat’ Atas Katil

Berang Johnny Depp Lewat Ke Majlis Hari Lahir Punca Amber Heard ‘Lepas Hajat’ Atas Katil

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Berang Johnny Depp lewat ke majlis sambutan hari lahirnya, Amber Heard bertindak luar kawalan dengan melepaskan hajatnya di atas katil kelamin mereka.

Konflik rumah tangga pasangan selebriti Amber Heard dan Johnny Depp masih lagi belum selesai dan dibicarakan di mahkamah sehingga kini.

BACA:Ā Peminat Tuntut Keadilan Selepas Rakaman Audio Amber Heard Akui Pukul Johnny Depp Tular

Depp pada awalnya dituduh sebagai kai pukul telah mendera Heard, namun tuduhan tersebut dinafikan Depp dan mendakwa yang berlaku adalah sebaliknya; Heard seorang yang manipulatif dan sering melakukan provokasi.

Johnny Depp Amber Heard
Sumber: Business Recorder

Terbaharu di mahkamah, Depp mendedahkan tindakan Heard lepas hajat di atas katil kelamin mereka merupakan kemuncak kepada konflik rumah tangga yang dibina sejak 2015 itu.

Berang Johnny Depp lewat hadir ke majlis sambutan hari lahirnya yang ke-30. Najis yang ditemui pembantu rumah mereka dikatakan dijumpai dalam keadaan masih ‘segar’ dan saiznya adalah mustahil daripada anjing peliharaan.

Biarpun Heard menjelaskan ianya adalah sekadarĀ prank yang tidak membahayakan sesiapa, Depp tetap nekad untuk berpisah dengan pelakon Aquaman tersebut dan menyifatkan situasi tersebut sebagai biadap atauĀ lack of respects.

Menyalahkan anjing peliharaan mereka dan salah seorang rakannya (IO Tillett Wright) atas perbuatan jijik berkenaan, tanda pagar #AmberTurd menjadi trendingĀ  di media sosial Twitter selepas Depp menggelarnya dengan panggilan tersebut susulan kejadian tersebut.

Depp sebelum ini menuntut USD50 juta (RM200 juta) daripada Heard susulan fitnah yang mengatakan beliau melakukan penderaan domestik kepada bekas isterinya itu.

Sumber: The Sun UK