
Bengang Hutang Dituntut, Lelaki Sanggup Tikam Rakan Guna Pisau
Benarlah kata orang, zaman kini si pemberi hutang yang lebih ‘terseksa’ daripada si penghutang.
Seorang lelaki, Moharizmi Azli yang berusia 35 tahun didakwa dengan tuduhan membunuh kerana menikam rakannya di bahagian dada kanan, Mohamad Nurulhudin Ismail, 31 tahun gara-gara berang hutangnya dituntut mangsa.
Kejadian yang dirakam kamera litar tertutup awam di menara jam di luar Kompleks Bukit Jambul, Jalan Rumbia di Georgetown jam 11.30 malam pada 15 September lalu mendapati suspek menggunakan sebilah pisau sepanjang 28cm untuk melakukan jenayah tersebut yang dijumpai seorang wanita kira-kira 70 meter dari kawasan kejadian.
Majistret, Umma Devi Loganathan menetapkan 11 November sebagai sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat dan suspek akan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: FMT
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2S9oqTj50A/
One comment
Comments are closed.
[…] dan keluarga kini hidup dalam ketakutan setelah rumah dan kereta beliau disimbah cat merah oleh along berpunca dari jirannya yang telah […]