#BenderaPutih Aplikasi Bantuan

#BenderaPutih: Perlu Bantuan Atau Mahu Membantu, Ini Aplikasi Web Untuk Anda Akses

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Aplikasi web #BenderaPutih.

Kempen bendera putih menjadi buah mulut masyarakat apabila tanda pagar #benderaputih dan #rakyatjagarakyat telah mendapat sambutan hangat daripada netizen.

Rata-rata masyarakat termasuk sebahagian ahli politik dan golongan artis, perusahaan perniagaan turut menunjukkan sokongan padu terhadap kempen tersebut.

Kempen kibarkan bendera putih adalah cara berfikir di luar kotak. Pastinya ini dapat memudahkan urusan membantu mereka memerlukan bantuan.

Kita dapat lihat sememangnya ramai yang ingin memberi bantuan tetapi sedikit sukar untuk mengenal pasti lokasi mereka yang memerlukan bantuan dan sebaliknya.

Melihat situasi ini, sekumpulan individu telah membangunkan sebuah aplikasi web bagi membolehkan individu atau keluarga dalam kesempitan mudah mendapatkan bantuan dengan segera.

Sambal SOS

#BenderaPutih Aplikasi Bantuan

Aplikasi Sambal SOS membolehkan pengguna memuat naik gambar rumah yang memasang bendera putih di luar kediaman mereka menerusi peta lokasi yang dipaparkan.

Pengguna lain aplikasi ini yang berminat untuk memberi bantuan bekalan makanan boleh mengetahui lokasi mereka yang memerlukan.

Aplikasi ini juga membolehkan pengguna mencari tabung makanan (food bank) terdekat, bagi mereka yang tidak mampu membeli keperluan makanan.

Orang ramai boleh memuat naik foto rumah yang mengibarkan bendera putih tanpa mendedahkan wajah ahli keluarga atau maklumat peribadi mereka.

Sebelum ini ia dikenali Bendera Putih App yang dibangunkan oleh tiga pemuda, Sidharrth, Shaun dan Cournelius kerana terpanggil untuk membantu memudahkan masyarakat menerima bantuan.

Ia dibina dalam masa tiga hari, jadi masih lagi dalam usaha untuk dinaik taraf penambahbaikan dan merekrut sukarelawan untuk bersama-sama menjayakan projek ini.

Aplikasi Web: https://www.sambalsos.com/login

Kita Jaga Malaysia

#BenderaPutih Aplikasi Bantuan

Satu lagi aplikasi berasaskan web, KitaJaga membolehkan pengguna mengetahui lokasi yang memerlukan bantuan dan pemberi bantuan menerusi peta yang dipaparkan.

Pengguna tidak perlu log masuk untuk menggunakannya, dan boleh mengaksesnya serta-merta terus dengan mudah.

Pengguna juga boleh menambah penawaran masing-masing di lokasi anda, ataupun, menambah notifikasi sekiranya memerlukan bantuan daripada kejiranan.

Anda yang ingin memberi bantuan boleh berhubung terus kepada mereka yang memerlukan sekiranya pengguna meletakkan nombor telefon.

#BenderaPutih Aplikasi Bantuan

Buat masa ini, antara muka pengguna KitaJaga belum begitu sempurna memandangkan aplikasi web ini baru dibuat hujung minggu lalu menurut pengasas Terato Tech, Reza Razali.

Aplikasi Web: https://kitajaga.co/

Sama-samalah kita membantu mereka yang memerlukan. #KitaJagaKita

BACA: Senarai Tempat Yang Boleh Anda Dapatkan Bantuan Bekalan Makanan