Scaling

Benarkah Rawatan ‘Scaling’ Sebenarnya Hanya Akan Buatkan Gigi Jarang & Bergoyang?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Memang tidak dinafikan, berjumpa dengan doktor gigi untuk membuat rawatan gigi merupakan satu pengalaman menggerunkan bagi kebanyakan orang.

Rawatan membersihkan gigi atau ‘scaling’ misalnya sering dianggap agak menyakitkan dan memberikan rasa yang teramat ngilu.

Selain itu, ‘scaling’ gigi juga sering disalah faham kerana dianggap hanya akan membuatkan gigi menjadi jarang dan bergoyang.

Seorang doktor gigi, Dr Mohd Khairul Izwan telah membuat hantaran berikut di Facebooknya bagi menangkis mitos dan alasan yang sering membuatkan ramai orang tidak suka berjumpa dengan doktor gigi ini.

Jom baca perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat dari beliau berikut.

Scaling

Ramai yang beranggapan, rawatan scaling akan menyebabkan gigi menjadi jarang dan bergoyang.

Sebenarnya gigi kita memang ada jarak tertentu disebabkan oleh bentuk gigi kita yang terdiri daripada sudut-sudut yang membulat atau sedikit cembung dan bukannya berbentuk sudut tegak atau tepat.

Hakikatnya, selama ini kita rasakan gigi kita rata kerana ditutupi oleh karang gigi yang bertimbun di celah gigi dan gusi.

Apabila karang gigi dibuang melalui rawatan scaling, lidah akan rasakan ruang kosong di antara celahan gigi dan kita akan rasa sedikit pelik, sedangkan itulah bentuk gigi kita yang sebenar.

Rawatan scaling tidak menjadikan gigi kita jarang dan bergoyang, tetapi sebaliknya karang gigilah yang menjadi punca gusi tidak sihat seterusnya melemahkan pegangan tulang kepada gigi.

Jalani rawatan scaling di klinik gigi berhampiran setiap tahun, sekiranya anda sayangkan gigi serta gusi anda.

#DakwahGigi
📸: IG discovery.dentistry

BACA: 15 Perkara Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Rawatan ‘Braces’ Atau Pendakap Gigi

Sumber: Mohd Khairul Izwan