Kurier

Benarkah Pemilik Francais Bisnes Kurier Kini Ramai Yang ‘Terciduk’?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ketika pandemik COVID-19 melanda dunia sekitar 2 tahun yang lalu, bisnes kurier di Malaysia dilihat tumbuh segar bak cendawan selepas hujan.

Ramai yang terjebak dan mengambil kesempatan untuk membuka francais perkhidmatan kurier yang dikatakan menjanjikan pendapatan yang sangat lumayan ketika itu.

Namun diperhatikan sejak akhir-akhir ini, ramai pula pemilik bisnes kurier seolah-olah mahu ‘melepaskan’ perniagaan mereka itu tanpa dapat dipastikan puncanya yang sebenar.

Kenapa agaknya, ya? Adakah mereka ‘terciduk’? Seorang pengguna Facebook Hafyzul Ariffin telah membuat hantaran berikut untuk berkongsi pandangannya mengenai isu ini dengan para netizen semua.

Kurier

Bisnes-bisnes francais macam ni jarang boleh buat kita jadi jutawan. Tapi yang pasti orang yang buat francais ni kompom-kompom dah jutawan. Kalau bisnes kurier ni laku takkan sana-sini nak letgo bisnes diorang? Bisnes macam ni sepatutnya HQ sendiri yang setup cawangan kat tiap-tiap daerah. Untung rugi kos overhead semua ditanggung HQ. Bukan kita yang tadah nak bukak francais sendiri. Itu menjemput bala namanya.

Gila ke kalau bisnes laku mana ada orang nak jual bisnes dia. Memang tak la.

Kalau masa PKP tu betul memang bisnes kurier ni to the moon. Saya sendiri tengok member-member rider duit berkepuk masa tu. Tapi benda ni bermusim. Lagi-lagi bila *** dah kena sailang dengan ***. Mula-mula kemain si ****** ni siap announce buat JV dengan *** selaku official courier partner. Hujung-hujung *** kena sailang si ****** ni bukak kurier sendiri.

Tak ke musibat namanya tu? Masa tu nak bukak satu cawangan ni pun paling koman kena standby 100k. Sekarang ni tengoklah revenue berapa. Overhead berapa. Kebanyakan semua negatif. ROI apatah lagi. Memang terciduk habislah siapa yang terjebak masa tu.

BACA: Syarat-Syarat Nak Buka Stesen Minyak Sendiri

Sumber: Hafyzul Ariffin