
Benarkah Orang Yang Betul-Betul Kaya Tak Suka Menunjuk-Nunjuk Kekayaan Mereka?
Kalau betul-betul diperhatikan, memang terdapat perbezaan yang ketara di antara golongan ‘kayangan’ yang sebenar dengan golongan yang ‘acah-acah’ kaya.
Malah, terdapat kajian yang mendapati cara orang yang ‘benar-benar’ kaya ini menjalani kehidupan mewah mereka bukanlah seperti apa yang kita sangkakan selama ini.
Azizul Azli Ahmad dari RUMAH BUKU berkongsi hasil kajian tersebut di laman Facebooknya berikut.
Betul ke orang kaya ni sebenarnya tak suka sangat menunjuk-nunjuk? Jom kita sama-sama baca hasil kajian tersebut.
#TabungKaya
MENGAPA ORANG KAYA TIDAK SUKA MENUNJUK MACAM KITA?
1) Satu kajian yang dilakukan oleh Rachel Sherman, Profesor Sosiologi di New School for Social Research, New York. Mengkaji kebiasaan orang benar-benar kaya dalam mengunakan wang mereka .
2) Dalam penelitian itu mendapati mereka sangat berhati-hati dalam menggunakan wang mereka.
3) Rachel Sherman telah mewawancara 50 orang kaya di New York dan mendapati kehidupan mereka sangat sederhana. Mereka berbelanja wang mereka dengan cara ‘paling normal’ untuk kehidupan.
4) Semua orang kaya sangat berhati-hati dan teliti dengan implikasi moral dan privilege yang mereka perolehi.
5) Bagi orang yang benar-benar kaya, berjimat adalah cara menunjukkan bahawa mereka tidak menganggap remeh nasib dan kekayaan yang mereka miliki.
Mengekalkan kekayaan lebih sukar dari menjadi kaya.
6) Mereka tidak perlu menunjuk kekayaan yang mereka miliki untuk kagumkan orang. Mereka tidak perlukan ‘perakuan’ orang lain untuk tidak memandang rendah mereka. Mereka tahu harga diri mereka lebih bernilai dari pandangan orang lain (self pride).
7) Mereka ada nilai diri dan kekayaan yang lebih bagus dari apa yang sosial media tawarkan iaitu ‘nampak kaya’ . Menjadi kaya lebih penting dari ‘nampak kaya’.
8) Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari dan Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin juga dilihat sangat sederhana kehidupan mereka tanpa mempamerkan apa kekayaan yang mereka ada.
Mereka hanya pamerkan budaya kerja kuat dan sihat untuk berjaya sebagai teladan kita.
Dapat sesuatu?
Kita belajarlah hidup sederhana, nikmati apa yang kita telah ada dengan baik.
Bersyukur dengan apa yang kita nikmati dan belajar kumpul harta bukan liabiliti.
Azizul Azli Ahmad
Jadilah Kaya Dan Mulia
BACA: Elon Musk – Terkaya Di Dunia Tapi Hidup ‘Simple’, Hanya Menumpang Di Rumah Member
Trending now



