Kereta Jepun

Benarkah Memiliki Kereta Jepun Beri Banyak Kelebihan, ‘Maintenance’ Pun Lebih Murah?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bagi golongan muda yang masih lagi belum memiliki kereta dan masih tertanya-tanya mengenai jenama kereta yang lebih dipercayai serta menjimatkan, hantaran berikut mungkin boleh dijadikan sebagai panduan.

Menurut hantaran yang dibuat oleh seorang jurutera, Hamizi Hamdan di Facebooknya ini, kereta keluaran negara Jepun dikatakan sangat berbaloi dari segi penjimatan dan ketenangan fikiran.

Betul ke? Kenapa agaknya, ya? Adakah anda bersetuju dengan pandangannya ini? Jom baca hujah-hujahnya berikut.

Kereta Jepun

Kalau tak kaya, tapi nak pakai kereta selesa dan murah maintenance dan rendah bayaran bulanan boleh buat macam saya sekarang ini:

  1. Beli kereta Jepun: Toyota, Honda, Nissan
  2. Usia: 7 – 9 tahun

Kelebihannya:

  1. Kereta Jepun berusia 7 – 9 tahun masih reliable. Percayalah sebab saya pernah pakai Honda Accord baru 2 tahun selama 7 tahun (Total 9 tahun) dan tiada kerosakan pelik-pelik melainkan wear and tear biasa. Begitu juga Honda Jazz baru selama 9 tahun.
  2. Maintenance rendah. Tukar minyak enjin, minyak gearbox dan lain-lain boleh dibuat di kedai biasa dengan kos murah.
  3. Spare parts banyak dekat kedai potong kalau bajet repair rendah.
  4. Susut nilai banyak menjadikannya murah. Cuma interest bank sedikit tinggi tapi berbaloi. Menjadikan bayaran bulanan rendah. Bayangkan kereta RM160K dahulu dah jadi RM80K sekarang.
  5. Insurans tahunan rendah sebab ia ikut value kereta.
  6. Kereta Jepun usia begini sudah design moden ikut taste anak muda dengan banyak function yang moden.
  7. Masih mudah buat loan dengan bank kerana demand masih ada.
  8. Keseluruhannya masih buat anda peace of mind.

Nota:

Kena pandai tengok kereta. Boleh bawa kawan mekanik untuk tengok sebelum beli. Kalau used car tu jual lebih murah daripada kedai lain, mestilah ber-syak wasangka sikit.

BACA: Perodua Bezza Punya Handling Macam Sampan, Lelaki Ini Terangkan Mengapa Jadi Begitu

Sumber: Hamizi Hamdan