Lelaki Perempuan

Benarkah Lelaki Lebih Suka Belanja Kawan Berbanding Perempuan Yang Agak ‘Berkira’?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Menerusi Facebooknya, Dr Azizul Azli Ahmad telah berkongsi satu tangkap layar yang membincangkan tentang perbezaan cara golongan lelaki dan wanita membuat bayaran ketika sama-sama minum atau menjamu selera di kedai makan.

Golongan lelaki dikatakan lebih ‘sempoi’ dan tidak kisah sekiranya terlebih bayar serta menganggapnya sebagai ‘belanja’ kawan-kawan berbanding dengan golongan wanita yang sangat teliti dan ‘berkira’ sehingga ke jumlah sen yang terakhir.

Betul ke ni? Lelaki semua memang suka belanja kawan-kawan ke? Takkanlah semua perempuan pula jenis berkira macam ni?

Dalam hantarannya berikut, Dr Azizul turut berkongsi pendapatnya mengenai perkara tersebut. Yang mana satu amalan yang bagus dan patut diteruskan? Jom ikuti pandangannya ini.

Lelaki Perempuan

LELAKI SUKA BELANJA?

Satu sifat lelaki bila lepak minum ramai-ramai, mereka tak kisah sangat keluar duit belanja kawan.

Ya, kami suka belanja kawan.

Ada yang senyap-senyap bayar pun ada. Diam-diam dah ada yang bayarkan.

Kekalkan budaya ini, bersedekah bab makanan ini baik saya kira selagi tidak membazir.

Wanita sedikit berbeza saya perhatikan, mereka ambil resit kira-kira dan pakat letak duit cukup-cukup saya pernah nampak.

Mereka teliti dan bagus bab ini.

Ini amalan terpuji.

Pada saya ini juga bagus, bab duit memang kena teliti dan tahu ke mana kita belanja.

Jangan ambil mudah.

Sebab itu wanita ada kekayaan 18% lebih tinggi dari lelaki.

Maka,

Sebab itu Tuhan jadikan lelaki buat wanita, dan wanita buat lelaki. Bukan sebaliknya 😌

Kita saling memerlukan.

Isteri kita adalah makhluk yang tak pernah habis duit. Gajinya lebih kecil dari kita, tetapi simpanan dan duit dalam handbag tetap ada sepanjang masa.

“Sayang pinjam RM3, tak cukup”

Raikan perbezaan ini, jangan saling menghina atau perli sesama makhluk manusia.

Malu kalau kucing baca sikap kita macam ini rupanya.

Begitulah.

Abah Qilah
Saling Bersedekah.

BACA: ‘Siapa Kalah, Kena Belanja’ – Hukumnya HARAM Kerana Melibatkan Unsur Judi?

Sumber: Azizul Azli Ahmad