Benarkah Jika Terima E-Tunai Rakyat, Data Peribadi Tergadai?

E-Tunai Rakyat Data Peribadi Tergadai
Sumber: The Star Online

Sejak semalam (15 Mac 2020), tiga pengendali e-dompet iaitu Grab, Boost dan Touch ‘n Go eWallet menerima sebanyak 380,000 permohonan untuk insentif e-Tunai Rakyat dengan 320,000 daripadanya sudah diluluskan setakat jam 10 malam tadi.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pengguna telah membelanjakan sebanyak RM10 juta pada hari pertama ia dilancarkan melalui tiga platfrom e-dompet berkenaan.

E-Tunai Rakyat Data Peribadi Tergadai
Sumber: BH

Dalam pada itu, beberapa netizen meluahkan kebimbangan mengenai data yang diberikan seperti kad pengenalan yang perlu dipamerkan sebelum menebus RM30 itu menerusi pengendali aplikasi e-dompet.

Persoalannya, benarkah ia menjurus kepada pendedahan maklumat peribadi pengguna? Seorang pengguna Facebook, Mohamad Khuzrin menjelaskan program e-tunai tersebut bukanlah seperti bantuan kerajaan sebelum ini, ia hanya untuk merancakkan penggunaan e-dompet dalam kalangan rakyat.

“Tujuannya untuk menggalakkan ra’yot (rakyat) guna perbelanjaan nirtunai, atau perbelanjaan tanpa tunai fizikal. Maksudnya tanpa duit fizikal. Tapi duit secara digital,” tulisnya di laman Facebook.

Jika melihat pada negara-negara maju, mereka sudah pun mengamalkan perbelanjaan tanpa tunai dan Malaysia baru sahaja menggalakkan rakyatnya melalui kaedah ini.

“Bila kerajaan umum macam tu, secara tak langsung semua orang yang haram tak pernah guna apps tanpa tunai, akan install dan pasang apps terpilih. Sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah tadi akan terus gunakan e-wallet.

“Sebab itu nilainya cuma RM30 dan bukannya 3000 ringgit. Cuma untuk menggalakkan,” tulisnya.

Konsepnya sama seperti kita mula menabung di dalam bank, mereka sediakan jumlah (RM2/RM10) dalam akaun bank sebelum memberi tabung untuk mengalakkan kita menabung.

Mohon bantuan sana sini, ambil maklumat peribadi juga.

E-Tunai Rakyat Data Peribadi Tergadai
Sumber: FB Mohamad Khuzrin

Tambah Khuzrin, mereka yang mengadu bimbang apabila pengendali aplikasi e-dompet memerlukan gambar swafoto untuk pengesahan padahal konsepnya sama seperti pengguna meletakkan gambar swafoto di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Whatsapp, Instagram dan lain-lain.

Memetik sumber berita, Lim Guan Eng berkata maklumat yang dikumpul adalah untuk kerajaan dan ia tidak akan dikongsikan dengan syarikat-syarikat lain.

Apa pun, terpulanglah kepada anda untuk menyambut baik program e-tunai ini atau tidak.

Sumber: Mohamad Khuzrin Bin Kamarudin