Farm Fresh Bukan Susu Segar

Benarkah Farm Fresh Salah Guna Kempen ‘Segar’ Dan ‘Susu Tempatan’?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak pengumuman Farm Fresh Bhd berjaya mengumumkan penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia menerusi penawaran IPO dengan harga RM1.35 seunit, timbul isu tidak enak melibatkatkan IPO syarikat susu tersebut.

Sebelum ini, isu mengenai latar belakang Farm Fresh hangat diperkatakan dalam kalangan netizen yang dikaitkan dengan pemilikan saham dan bumiputera.

Tular pula baru-baru ini, dikatakan bahawa Farm Fresh sebenarnya bukanlah produk susu segar seperti tagline yang digembar-gemburkan syarikat susu itu, “Inilah baru susu segar”.

Perkara ini didedahkan oleh pemilik akaun blog persendirian di Facebook, Bomoh Bursa yang menyatakan syarikat tersebut telah menyalah guna kempen mereka mengenai ‘segar’ dan ‘susu tempatan’. Berikut merupakan pendedahan Bomoh Bursa.

Tok rasa Tok dah tertipu. Kita semua dah tertipu. Selama ni Tok percaya dan bermati-matian ingat susu keluaran Farm Fresh adalah susu segar, dari ladang tempatan kononnya.

Berbeza dengan susu lain yang ada di pasaran. Belum lagi kempen 48 jam daripada ladang yang jelas-jelas dusta semata-mata.

Farm Fresh benar-benar guna susu segar?

Persoalan besar – cukupkah susu yang dihasilkan lembu-lembu susu Farm Fresh dari ladang tempatan untuk production susu mereka.

Bagi menjawab kenyataan Farm Fresh menggunakan susu segar.

Farm Fresh Bukan Susu Segar

b

Fakta di sini menunjukkan Farm Fresh ada membeli susu beku dan susu tepung daripada pembekal Australia dengan jumlah yang sangat besar. Takkan guna untuk bagi lembu minum pula kan?

Berapa banyak susu dihasilkan daripada farm di Malaysia?

Tahun 2020-2021, hanya 12* juta liter (9* juta liter farm sendiri + 3 juta liter farm luar) sahaja.

Berbanding dengan kesuluruhan susu yang digunakan sebanyak 70* juta liter. Direkodkan susu Farm Fresh sendiri hanyalah 12% sahaja.

Maksudnya yang diimport lebih 80%! Kiranya Farm Fresh ini susu import juga la kan?

Farm Fresh Bukan Susu Segar

Dalam prospectus juga menunjukkan production di kilang-kilang Farm Fresh adalah 34* juta liter. Walhal pengeluaran susu di Malaysia yang direkodkan hanyalah 12* juta liter! Dari mana datang selebihnya?

Farm Fresh Bukan Susu Segar

Maka jelaslah segala claim dan kempen marketing adalah sangat misleading. Kesimpulannya,

1. Majoriti susu Farm Fresh adalah diimport.
2. Farm Fresh juga menggunakan susu tepung dan susu beku.
3. Farm Fresh tiada beza dengan jenama susu-susu lain.
4. Mungkin dakwaan susu segar dicampur susu beku dan tepung adalah benar.

Ulasan pengedar susu Farm Fresh

Dakwaan tersebut telah menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen. Perkara ini juga turut menarik perhatian seorang pengedar Farm Fresh mengulas isu tersebut.

Saya cuba menjawab sekadar pengetahuan saya sebagai salah seorang pengedar susu Farm Fresh:

Susu Farm Fresh sekarang ada banyak SKU atau jenis.

Selain susu menggunakan jenama Farm Fresh sendiri, ada juga susu import atas nama Yarra, Barista. Malah ada juga menggunakan susu Oat, Soya, Almond dan macam-macam lagi.

Cuba perhatikan di label susu tersebut. Memang ada dinyatakan Susu Pepejal/Recombine Milk/Susu Tepung walaupun dikilangkan oleh Farm Fresh.

Begitulah juga susu di Tesco dikilangkan oleh Farm Fresh, namun tidak menggunakan susu segar sahaja. Sebab itu harganya lebih murah seperti susu-susu import jenama lain.

Agak mustahil untuk susu import, menggunakan 100% susu segar. Untuk pengetahuan bagi yang belum tahu, Farm Fresh bukan hanya punyai ladang di Malaysia malah luar negara juga.

Susu yang dilabel 100% susu segar itu pula tidak menggunakan campuran susu import dan memang dari ladang dan dikilangkan oleh Farm Fresh di Malaysia. Kualiti memang lain dan sebab itu harganya lebih mahal berbanding susu campuran.

Selebihnya, Waalahua’lam.

Sumber: Bomoh Bursa, Mohamad Zul Azri