Laluan Pulang Ke Bandar Raya Kuala Lumpur Sudah Ditutup

Benar Ke Laluan Pulang Ke Bandar Raya Kuala Lumpur Sudah Ditutup?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bermula semalam, beberapa keping gambar telah tular di laman media sosial yang menyatakan bahawa laluan pulang ke bandar raya Kuala Lumpur sudah ditutup susulan daripada ketegasan kerajaan dalam membendung COVID-19 daripada terus menular.

Namun sejauh manakah kesahihan gambar tersebut? Setakat ini kesahihan gambar berkenaan tidak dapat disahkan.

Meskipun ramai yang percaya pada gambar yang tular tersebut, rata-rata daripada netizen berpendapat laluan yang ditutup tersebut tidak termasuk dalam usaha pihak kerajaan menghalang mereka yang ‘terlepas’ ke kampung untuk pulang semula ke bandar.

Laluan Pulang Ke Bandar Raya Kuala Lumpur Sudah Ditutup 1
Sumber: Kamarul Zaman MJ

Tetapi laluan yang ditutup itu dipercayai bertujuan untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya oleh pihak kontraktor. Manakala kehadiran polis trafik pula adalah kerana bagi mahu memastikan kelancaran lalu lintas.

Laluan Pulang Ke Bandar Raya Kuala Lumpur Sudah Ditutup 1

Laluan Pulang Ke Bandar Raya Kuala Lumpur Sudah Ditutup

Terdahulu, orang ramai yang berjaya pulang ke kampung melalui jalan tikus dan sebagainya akan berdepan tindakan daripada pihak polis sebaik balik ke kediaman mereka selepas Aidilfitri.

21 Mei lalu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata pihakya dimaklumkan ada individu yang berjaya pulang ke kampung lebih awal sebelum seketan jalan raya dijalankan dengan menggunakan lorong tikus atau laluan lain untuk berhari raya.

Menurut beliau lagi, sekatan jalan raya telah dibuat selepas atau sebelum plaza tol serta jalan lama, namun pastinya ada lorong tertentu yang menyebabkan mereka terlepas untuk pulang.

“Jadi yang lepas seperti ini, insya-Allah, saya percaya polis akan cari juga. Saya dah kata, yang balik ke kampung, belum tentu boleh lepas apabila balik ke Kuala Lumpur atau pun tempat kerja nanti.”

 

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.