Wanita Rohingya Minta Sedekah Ke Rumah

Belum Selesai Kes Budak, Wanita Rohingya Pula Ketuk Pintu Rumah Minta Sedekah?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tular Pula Wanita Rohingya Ketuk Pintu Rumah Minta Sedekah.

Sejak beberapa hari lalu, tular di laman sosial video kanak-kanak dipercayai warga Rohingya meminta sedekah daripada pemandu kenderaan di tengah kesibukan jalan raya di ibu kota.

Tindakannya yang agresif apabila menghampiri sebuah kereta dan mengetuk pintu dan tingkap telah mengundang kecaman netizen.

Belum reda kes kanak-kanak terbabit yang mana polis dilaporkan sedang menyiasat dan menjalankan usaha mengesannya, tular pula rakaman kelibat peminta sedekah di hadapan rumah yang dipercayai seorang wanita etnik Rohingya.

Kanak-Kanak Rohingya Minta Sedekah Di Jalan Raya Lagak Samseng
Sumber: Twitter

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, @idaaleesa merakamkan kelibat seorang wanita berbaju kurung dan bertudung merah jambu sedang mengetuk pintu rumah.

Kata pemilik video, rumahnya didatangi oleh dua wanita yang telah memasuki kawasan rumahnya yang tidak berpagar untuk meminta sedekah. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Terengganu.

Tindakan mereka telah membuatkan tuan rumah berasa tidak selesa dan bertanyakan adakah warga ini melakukan operasi meminta sedekah di sekitar rumah.

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa risau melihat situasi berkenaan sehingga mengganggu ketenteraman orang di dalam rumah. Ada yang turut berkongsi mengalami nasib sama di kawasan kediaman mereka.

“Kelmarin rumah mak saya pun terkena tapi nasib tutup pagar. Jumpa kat simpang naik van ramai-ramai.”

“Sampai masuk kawasan rumah tu… dinasihatkan sentiasa kunci pagar.”

“Ya, kat Melaka pun dah banyak. Diaorang sesuka hati ja.”

Mememtik sumber Sinar Harian, polis mengatakan tidak menolak kemungkinan kegiatan meminta sedekah ini didalangi sindiket tertentu.

Mereka ini didapati melakukan perbuatan tersebut di bandar besar sekitar Kuala Lumpur dan bandar-bandar di negeri lain.

@idaaleesa

kaum wanita rohingya memang mintak sedekah pergi rumah ke rumah eh? #thisisterengganu

♬ الصوت الأصلي – R