Akad Hibah

Beli Makanan Secara ‘Online’ Sebenarnya Perlu Buat Akad Hibah?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Berlaku sedikit kekeliruan di kalangan umat Islam yang sering menggunakan khidmat penghantaran makanan dan membuat pembayaran secara atas talian apabila terdapatnya andaian yang mengatakan perlunya akad hibah dilakukan.

Beberapa tangkap layar yang tersebar di media sosial turut menyebabkan lebih banyak berlaku kemusykilan apabila beberapa orang lagi netizen didapati turut menyokong hukum akad hibah yang perlu dilakukan ini.

Apakah sebenarnya akad hibah? Perlukah ianya dilakukan jika kita ingin membuat pembayaran semasa menggunakan khidmat penghantaran makanan?

Peguam Ahmad Termizi Bin Abdullah dari Termizi & Co. telah membuat hantaran berikut di Facebooknya bagi membantu orang ramai untuk mendapat sedikit pencerahan mengenainya.

Akad Hibah

Ini salah faham yang amat ketara.

Kenapa pula nak guna akad hibah. Kalau guna akad hibah, engkau bagi duit free tanpa ambil makanan. Engkau hibahkan duit engkau tu sebahagiannya untuk owner restoran, sebahagian untuk rider, sebahagian untuk owner apps tu. Makanan, owner restoran tak perlu buat. Lepas tu engkau confirmkan dah received order. Then, itu hibah duit.

Hibah ni maknanya beri tanpa balasan. Off course ada beberapa lagi syarat lain.

Kalau engkau ambil makanan, itu bukan hibah. Itu ada tukar ganti. Duit ditukar dengan makanan secara saling meredhai.

Akad jual beli aje la. Apps itu sendiri pun dah memenuhi rukun dan syarat jual beli mengikut mazhab Hanafi. Tak perlu niat qasad apa dah. Perbuatan itu sendiri dah membentuk akad jual beli yang sah.

Halal la duit yang diterima, dan halal lah makanan yang dimakan.

Tak de kaitan dengan hibah pun.

Yang jadi hibah ialah, contohnya, engkau tak nak makanan yang engkau beli, then engkau cakap kat rider, saya hibahkan makanan tu kat awak Abg Rider. Kalau Abg tak nak, then Abg bagi aje la kat sape-sape.

Itu hibah makanan setelah dah berlaku jual beli.

Faham….🤦

BACA: Penipuan QR Pay, Para Peniaga Harus Lebih Berhati-Hati

Sumber: Ahmad Termizi Bin Abdullah