Beli Dengan Harga RM80, Tapi Vespa Klasik Ini Mampu Dijual Sehingga Lebih RM11,000 2

Beli Dengan Harga RM80, Tapi Vespa Klasik Ini Mampu Dijual Sehingga RM11,000

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Anda tahu tentang Balut?

Jika anda pernah ke Filipina, pastinya anda akan diperkenalkan dengan makanan ini. Senang ditemui di pinggir-pinggir jalan Filipina, Balut merupakan telur yang mengandungi embrio itik yang hampir lengkap dan sempurna.

Dipercayai kaya dengan kandungan protein, Balut merupakan snek kegemaran rakyat Filipina yang kebiasaannya akan dihidang bersama arak. Memilih telur untuk dijadikan sebagai Balut bukanlah sesuatu yang mudah, para penjual akan melakukan proses seperti di bawah:

Balut Embrio Itik
Sumber: All Thats Interesting

1. Menilai setiap biji telur itik bagi mendapatkan yang terbaik.

2. Telur dipanaskan di bawah cahaya matahari dan disimpan dalam bakul khas untuk pengekalan haba yang konsisten.

3. Selepas 9-13 hari, embrio dalam telur akan diperiksa satu persatu dengan menggunakan cahaya lampu. Jika embrio tidak menunjukkan pertumbuhan, telur tersebut akan dijadikan sebagai penoy.

*Jika diperam lebih 18 hari, kebiasaannya bayi itik sudah terbentuk (ada juga yang tumbuh bulu)!

Sebelum dihidangkan, Balut akan direbus sehingga masak. Untuk menikmati jus embrio, hujung telur dikupas terlebih dahulu supaya cairan tersebut boleh dihirup tanpa tertumpah. Disamakan rasa seperti sup ayam, Balut dikatakan sangat sesuai dimakan oleh individu yang mahu menambah stamina dan menguatkan jantung.

Lain halnya dengan seorang wanita ini yang dikenali sebagai Lim. Disebabkan ketinggian rasa ingin tahu, beliau telah memeram Balut yang dibeli dari sebuah restoran Vietnam di Puchong di dalam sebuah kotak styrofoam.

Balut Embrio Itik

Memasang lampu bagi tujuan membekalkan haba kepada telur, penungguan Lim selama dua minggu akhirnya membuahkan hasil. Telur yang dibeli itu menetaskan seekor anak itik yang comel!

Terus jatuh sayang kepada anak itik tersebut, Lim menamakannya sebagai Daisy dan kemudian ditukarkan kepada nama yang lebih comel, iaitu Bibit. Selepas dua tahun kejadian tersebut berlaku, Bibit membesar menjadi seekor itik dewasa yang sangat cantik.

Balut Embrio Itik Menetas

Pernah menyeludup masuk Bibit ke dalam panggung wayang menonton Star Wars 2, Lim menceritakan bahawa beliau sangat terkejut kerana Bibit duduk diam dan seakan-akan menikmati keseluruhan cerita.

Balut Embrio Itik

Sering menemani Lim membaca buku dan menonton Netflix, Bibit sama sahaja seperti itik-itik lain yang sangat sukakan air. Menetaskan telur setiap 25 jam, Lim kini mempunyai banyak stok-stok telur untuk diberikan kepada keluarga dan rakan-rakannya.

Balut Embrio Itik Menetas

Namun timbul satu persoalan, adakah umat Islam dibenarkan untuk makan Balut ini?

Jawapannya ialah sama sekali tidak dibenarkan. Kerana embrio di dalam telur itik tersebut adalah yang belum sempurna kejadiannya dan termasuk dalam kategori bangkai. Sudah jelas dalam Islam, hukumnya adalah haram bagi perbuatan makan bangkai.

Jadi sambil-sambil kita tahu tentang kisah Lim dan itik ‘Balut’nya, ambil maklum juga ya hukum makan makanan ini bagi orang Islam.

Sumber: Bored Panda

Peminat daging confirm terliur habis ni.

7 Masakan Unik Berasakan Daging Oleh Chef Burak

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/2310270869248542/