
Belanjawan 2020: Peruntukan Dana RM20 Juta Untuk Penggiat Industri Animasi Tempatan
Pada tahun ini, dunia perfileman animasi tempatan menyinar dengan pengeluaran filem animasi berkualiti tinggi seperti Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal, BoBoiBoy Movie 2 dan Ejen Ali Musim 2.
BACA: Buku Konsep Seni Dan Visual ‘Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’ Jadi Rujukan Filem Animasi Tempatan
Sudah setanding dengan filem animasi luar negara, filem animasi tempatan sudah berjaya menembus pasaran antarabangsa seperti China, Brunei, Indonesia dan Singapura.
Seiring dengan itu, pada Belanjawan 2020, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah mengumumkan pemberian dana sebanyak RM20 juta untuk merancakkan lagi industri animasi Malaysia.
BACA: ‘Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’ Terima Anugerah Filem Animasi Terbaik Di Kanada
Dana yang disalurkan melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) ini diberikan dengan tujuan memupuk bakat tempatan dalam melonjakkan produksi dan kandungan digital animasi.
Sumber: Projek MM
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2S39HzAFnv/
Trending now



