Kopi

Belanjakan Sampai RM700 Untuk Kopi? Bekas Barista Ini Ajar Tip Untuk Lebih Berjimat

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Baru-baru ini, tular satu tangkap layar di media sosial mengenai ‘kegilaan’ seorang penggemar kopi yang sanggup berbelanja sehingga mencecah kira-kira RM700 semata-mata untuk menikmati minuman tersebut untuk sepanjang bulan Oktober 2022 sahaja.

Rata-rata ‘nurtizen’ dilihat melahirkan rasa terkejut dan tidak percaya di status masing-masing kerana pada hari ini, rupa-rupanya masih ramai lagi golongan ‘urban ala-ala hipster’ yang sanggup berbelanja sejumlah itu hanya untuk ‘kopi kayangan’ yang boleh disamakan dengan ansuran bulanan sebiji kereta.

Seorang pengguna Facebook, Wan LuQman dari Soho Sandwich walau bagaimanapun berpendapat ‘ketagihan’ kopi sedemikian adalah normal bagi seorang penggemar kopi tegar sepertinya.

Dia yang juga pernah bertugas sebagai seorang barista tidak berapa lama dahulu turut berkongsi rahsia untuk lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran yang boleh dilakukan oleh semua penggemar kopi di luar sana melalui hantarannya berikut:

Kopi

Sebab tu kalau peminat brew coffee, kena beli mesin. Sekali beli mesin RM600-700, dia punya jimat tu banyakkkk jimat…

Yang kaki kopi akan faham keperluan beli mesin brew dan memahami perasaan bila tak pekena kopi secawan tu dia punya resah lain macam. Memang nampak banyak bila keluar duit seketul RM700 untuk beli mesin..

Kite tengok perghh masyuk beli mesin kopi sampai 600-700 ringgit, tapi percayalah, orang tu dia nak berjimat la sebenarnya. Tak payah start enjin motor kereta, tak payah bayar delivery dan kalau beli ikut online food platform harga jadi lebih mahal dari walk-in.

Mesin tu akan dikategorikan sebagai pembaziran jikalau beli sekadar sebab ikut trend atau nak bagi nampak stylo, nampak moden kat rumah.

Dah beli mesin, buat sendiri kat rumah. Cost untuk sekali minum lebih kurang RM2+- je. Bergantung pada jenis kopi dan susu.

Kander tak pekena kopi sehari, nak memasak pun takde mood tau. Haha.

Ini semua salah Stabak, dia yang ambik aku jadi barista dulu. Dah terjebak tabole setopppp mengopi…

Ps: Kami adalah lelaki urban yang suka minum kopi, tidak gemar bergosip dan suka melihat benda-benda cantik. Tapak sulaiman misalnya☺️

BACA: ‘Baru Faham Kenapa Sesetengah Kopi Cecah RM15’ – Pemuda Kongsi Kisah Awal Berniaga Rasa Untung Banyak Rupanya…

Sumber: Wan LuQman