
Belajar Ijazah Kejuruteraan Pesawat Tapi Jadi ‘Rider’ FoodPanda, Lelaki Ini Rungkai Kenapa Ia Berlaku
Tular semalam kisah seorang graduan Kejuruteraan Pesawat yang bekerja sebagai pekerja penghantar makanan FoodPanda. Lima tahun belajar menghabiskan pengajian ijazah, pemuda dengan ID Twitter @cukey28 ini dipuji kerana tidak memilih pekerjaan walaupun bidang pengajian yang beliau ambil bukan biasa-biasa.
Meminta doa daripada orang ramai agar beliau mendapat kerja tetap, di ruangan komen ramai juga pengguna Twitter berkongsikan kisah yang sama; belajar bidang lain, kerja bidang lain.
You are not alone bro..2 years already into Fluid Distributor Engineer🌽 pic.twitter.com/t2FSJuZpoQ
— #TonyStat🇲🇾🇵🇸 (@ustakmalhakiem) August 27, 2019
dlu amik Diploma in geomatic science, degree in quantity surveying, ingat boleh dpt title Sr. tapi dpt SA😅 (sales advisor) pic.twitter.com/hZ5D4YENUo
— ジェイ (@jay_jay7447) August 27, 2019
https://twitter.com/HarriqTuah/status/1166203436871761925
Ramai juga yang tertanya-tanya kenapa perkara sebegini boleh berlaku, apa punca kepada masalah ini. Tampil menjelaskan perkara ini, seorang yang bekerja dalam bidang Aviation @bumilangit berkongsikan pandangan beliau.
Malaysia pernah duduk sebaris dalam senarai negara yang berpotensi untuk menjadi peneraju kepada perniagaan bengkel kapal terbang atau aircraft maintenance. Namun masalah bermula apabila bengkel kapal terbang Malaysia Airline yang terbesar ditutup.
Maka ribuan pekerja hilang pekerjaan. Unjuran dalam blueprint masih tak berubah; kononnya negara masih perlukan ribuan pekerja.
Unjuran dalam blueprint tadi tak berubah. Negara kononnya masih perlu ribuan pekerja sebab data tak disemak semula dan ambil kira faktor MAS tutup. Kolej2 guna data lama utk justifikasikan kepada kerajaan, aviation masih perlukan pekerja yg sangat ramai!
— zulfadzli halim 🇲🇾🏴 (@bumilangit) August 27, 2019
Jadi untuk penuhi dana TVET, MARA dan PTPTN ini, ada kolej yang melakukan permainan kotor; sediakan program ikut Sijil Kemahiran Malaysia dan Diploma namun keduanya tidak diiktiraf industri Aircraft Maintenance, sebaliknya cuma mengiktiraf lesen oleh CAAM (Civil Aviation Authority of Malaysia).
Jadi graduan keluar, susah nak dapat kerja dengan peluang yang kompetitif (makin sikit).
Tapi mereka tetap kena bayar pinjaman belajar.
Sebab tu saya lepas menang nak sangat masuk campur dalam hal ni, tentang NAICO, pembangunan semula Subang yang disebut dalam belanjwan 2019
— zulfadzli halim 🇲🇾🏴 (@bumilangit) August 27, 2019
Disebabkan kecurangan beberapa pihak, ramai anak muda yang dimainkan tanpa diketahui. Hasilnya berlakulah kejadian bekerja di luar bidang pekerjaan.
Namun semangat anak muda ini harus dipuji. Tidak menanti kerja datang bergolek, beliau berusaha menjana pendapatan sendiri sementara menantikan pekerjaan yang sebenarnya.
Untuk anak muda, tahniah!
Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B1ddulXFQ9q/
One comment
Comments are closed.
[…] BACA: Belajar Ijazah Kejuruteraan Pesawat Tapi Jadi ‘Rider’ FoodPanda, Lelaki Ini Rungkai Kenapa Ia Be… […]