Rumah Tak Dimasuki Air Banjir Benteng

“Belajar Dari Pengalaman” – Netizen Kagum Lihat Halaman Rumah Ini Tidak Dimasuki Air Banjir

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Hujan lebat berterusan di negeri Pantai Timur sejak beberapa hari lalu menyebabkan beberapa daerah di Terengganu, Pahang dan Kelantan kembali dilanda banjir.

Pakar Meteorologi di Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan, Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, bencana banjir yang melanda negeri di Pantai Timur ketika ini disebabkan luruan monsun atau luruan udara sejuk serta adanya sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan.

Bagi penduduk kawasan yang sentiasa mengalami musim banjir, pasti sentiasa siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Perkara ini dapat dilihat apabila tular sebuah video menerusi aplikasi TikTok yang memaparkan sebuah rumah tidak dimasuki air banjir.

Keadaan arus deras pada jalan utama hanya melalui sahaja tanpa memasuki halaman rumahnya kerana telah dibina benteng yang dipercayai daripada beg pasir untuk memagar rumah bagi mengelakkan air yang lalu.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Kampung Bukit Abal, Pasir Putih yang mana kawasan sekeliling sudah dinaiki air.

Rumah Tak Dimasuki Air Banjir Benteng
Sumber: Twitter

Perkongsian video tular itu menarik perhatian netizen, rata-ratanya memuji tindakan pantas tuan rumah tersebut dalam persediaan menghadapi banjir.

“Pemilik rumah itu tentu sekali seorang yang peka, analitikal dan terkedepan dalam menjangkakan apa yang akan cuaca bawakan, beberapa hari lebih awal.

“Beg pasir digunakan seluruh dunia sejak dulu dalam menahan air banjir kerana butirnya yang berat, tindannya yang ‘grip’, dan apabila menahan air, ia menjadi lebih berat dan mencengkam antara satu sama lain atas bantuan pasir yang basah dan menghalang tiris,” kata Mat Geo.

“Terbukti sangat praktikal…sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko kawasan tu tenggelam atau melambatkan proses pengaliran air banjir.”

“Belajar dari pengalaman. Jadi tiadalah hadap benda sama setiap tahun.”

@ise1199

Rumah dia tak masuk air weiii. Banjir di kg bukit abal, pasir puteh kelantan #fyp

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Menurut anak kepada tuan rumah, katanya benteng tersebut dibuat daripada susunan papan kayu dan dibungkus dengan plastik yang tebal bagi mengelakkan air memasuki kawasan rumah.

Dalam pada itu, ramai memberi cadangan agar setiap penduduk yang berada di kawasan berisiko banjir untuk melakukan kaedah seperti itu sebagai salah satu ikhtiar untuk mengelakkan air membanjiri kawasan rumah.