Pramugari Malaysia Keldai Dadah

Bekas Pramugari Malaysia Jadi Keldai Dadah Semata Untuk Biayai Kos Perubatan Anak

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bekas Pramugari Malaysia Jadi Keldai Dadah Semata Untuk Biayai Kos Perubatan Anak.

Pengedar dadah merupakan satu kesalahan besar di mana-mana negara pun. Namun begitu, ada yang sanggup bergadai nyawa terjebak dengan pengedaran dadah disebabkan keuntungan yang berlipat ganda.

Bagi sebahagian negara, jika mereka melakukan jenayah berkaitan dadah ini boleh terus dijatuhkan hukuman mati, termasuklah di Malaysia.

Selain daripada pengedar dadah, tak kurang juga yang terjerat menjadi keldai dadah. Malah, ada antara rakyat Malaysia menjadi keldai dadah ini tidak tahu pun isi kandungan barang yang dibawa, sehinggalah mereka tertangkap.

Rata-rata mereka yang terlibat dengan kegiatan ini atas faktor kewangan selain desakan hidup.

Satu sindiket di Australia menggunakan kru penerbangan Malaysia untuk menyeludup dadah dengan menggunakan pakaian dalam.

Akhirnya, seorang pramugari Malindo Air warga tempatan tertangkap dan terpaksa berhadapan hukuman penjara akibat cubaan menyeludup heroin bernilai jutaan dolar.

Tertuduh, Zailee Zainal, 40, menerima hukuman penjara sembilan tahun enam bulan setelah didapati bersalah.

Dia ditangkap oleh pegawai sempadan Australia pada 2019 ketika cubaan menyeludup barangan terlarang itu gagal.

Ketika membaca keputusan pengadilan, Hakim, Michael Cahill berkata bahawa motif ibu kepada tiga anak itu melakukan jenayah tersebut adalah disebabkan dia ingin mencari dana membiayai kos perubatan pembedahan anak perempuannya yang semakin meningkat.

Keterangan kepada mahkamah mendapati Zailee ditawarkan A$6,500 (RM19,359) untuk menyeludup heroin dengan nilai kira-kira A$3 juta (RM8.9 juta) ke Australia.

Pramugari Malaysia Keldai Dadah
Sumber: Daily Mail

Terdesak untuk bayar kos perubatan anak

Cahill menyatakan Zailee terdesak untuk mengumpulkan wang untuk membayar kos perubatan anaknya.

“Ada masa kita perlu belas kasihan dalam menjatuhkan hukuman. Anda merasa seolah-olah tidak punya pilihan lain selain melakukan jenayah,” kata hakim itu.

Ketika dibicarakan, Zailee juga mengaku direkrut oleh sindiket dadah setelah nekad dan terdesak untuk mencari wang tambahan bagi membayar bil perubatan terkumpul anak perempuannya.

Sebelum mengambil keputusan ‘gila’ tersebut, Zailee sebelum ini telah berusaha mencari pendapatan tambahan dengan menjual brownies dan Tupperware secara kecil-kecilan.

Malangnya, usahanya gagal dan meminta syarikat penerbangannya bekerja untuk menghebahkan berita kesukaran yang ditanggung bagi mendapat bantuan.

Selepas berita kesukaran yang ditanggung tersebar melalui email yang dihantar oleh syarikat penerbangan tersebut, seseorang individu yang dianggap sebagai ‘kawan’ berjumpa dengannya.

Seludup dadah guna teknik seluar dalam

Pada awalnya Zailee dimaklumkan untuk menyeludup ubat dan terpaksa melatih diri dengan menggunakan kod perkataan ‘tiket untuk merujuk kepada ubat yang diseludup.

Di mahkamah, Zailee juga mengatakan dia harus menjalani latihan sebagai pembawa ubat, belajar bagaimana berbicara dalam kod, termasuk berjalan dengan paket ubat yang diikat pada kakinya dan sebahagian lain disorok dalam pakaian dalam termasuk seluar dalam.

Antara Oktober 2018 dan Januari 2019, dia telah melakukan lapan perjalanan dan menyeludup lebih dari 4 kilogram kokain, bernilai sekitar 3 juta dolar AS.

Semasa mendarat di Australia, dia akan pergi ke hotel yang mana pertukaran yang dianggap ubat itu akan dibuat di dalam tandas.

Zailiee memperoleh AU $ 6,500 (RM26,999.64) sebagai imbuhan yang menyebabkannya dipenjara.

Dalam bahasa kod, heroin disebut ‘tiket’. Pihak berkuasa di Australia berjaya merampas lima bungkusan heroin ketika Zailee ditahan.

Ketika ditangkap, Zailee membuat pengakuan penuh tetapi memberitahu penyiasat bahawa dia menyangka dia diperintahkan membawa ganja.

“Hati saya kuat megatakan itu bukan ubat, tetapi cuba meyakinkan diri saya bahawa itu ubat dan saya seolah tiada pilihan serta telah nekad.

“Sekiranya saya tahu itu heroin, saya tidak akan melakukannya,” kata Zailee dengan penuh penyesalan.

Penahanan Zailee sementara menunggu hukuman di Australia memberi kesan besar kepada keluarganya. Kini, dia hanya menjalani hukuman penjara dan berusaha membuat rayuan supaya dapat pulang dan menjalani hukuman di Malaysia.

Sumber: Sinar Plus

BACA: Kartel Dadah Langkawi Jalan Operasi Persis Raja Dadah Dunia, Pablo Escobar