
Bekas Jurulatih Jaguh Badminton Kento Momota, Izuan Ibrahim Meninggal Dunia
Jurulatih badminton Malaysia yang pernah membawa Jepun muncul juara Piala Thomas 2014, Izuan Ibrahim telah menghembus nafas terakhirnya di Kelantan.
Allayarham terlantar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sejak 19 Disember lalu, sepatutnya memulakan tugas bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 1 Januari ini namun hasrat itu kini tidak kesampaian.
Allahyarham diberi bantuan pernafasan dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) apabila dikesan mengalami pendarahan otak selepas muntah-muntah akibat migran sebelum didapati tidak sedarkan diri.
Khabar pemergian beliau turut menyentuh keluarga badminton termasuk dalam dan luar negara serta pemain nombor satu dunia, Kento Momota. Momota yang juga bekas anak didik Allahyarham mengakui bahawa kematian jurulatih berusia 35 tahun itu adalah satu kehilangan besar buat dunia badminton.

“Saya tidak akan berada di mana saya berada sekarang tanpa bantuan jurulatih, Izuan Ibrahim. Saya berbesar hati dapat berada di bawah insan berjiwa murni,” tulisnya menerusi Twitter.
https://twitter.com/kemomota/status/1209115288777547776
Selain pernah melatih skuad pelapis negara matahari terbit itu, Allahyarham juga pernah berkongsi kemahirannya melatih pemain di Kelab Badminton Ehime selama tiga tahun.
Sedikit tentang penglibatan Allayarham dalam arena badminton, merupakan bekas jurulatih Nusa Mahsuri sebelum berkhidmat sebagai jurulatih Kelab Badminton Wilayah Ehime. Allahyarham mula melebarkan sayapnya sebagai pemain badminton dengan menyertai pasukan negeri Kelantan.
Pernah menyertai Japan Open 2001 (juara) dan Roslin Hasyim serta Hafiz Hasyim antara rakan sepermainan di Nusa Mahsuri. Juga pernah mendapat khidmat Misbun Sidek dan kemudian menjadi jurulatih di Nusa Mahsuri.
Kemudian menjadi jurulatih kepada Ramdan Misbun hingga membawa kejayaan pada tahun 2009 di Kejohanan Dunia Remaja. Pada 2011, Izwan Ibrahim telah ditawarkan untuk berkelana di Jepun sebagai jurulatih dan Kelab Badminton Ehime menjadi tempat yang dituju.
Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu isterinya, Siti Marsyhtah Muhammad dan tiga anak.
Sumber: BH, Stylosport
Trending now



